plan aritu dah terbaik dah..memang flow percutian kali ni mmg dah ok dah..tapi..masalah dari luar byk terjadi..terutama masalah kenderaan...meh aku nak cite ckit mcm mana masalah terjadi :-
4 dec 2010
kami selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi pada pukul 1 ptg. Kami call org yang memberi kami sewa dua bijik van untuk kegunaan kami. Bila fon diangkat dan beliau berkata "boleh antar lewat ckit tak? van org tak hantar lagi.." kat ctu aku dah rase bahang panas dah..tapi tahan jer..tak pe..sabar..dia menjanjikan yang dia akan hntar dalam kul 2ptg..kami amik keputusan untuk tunggu smpai kui 2ptg..bila dh smpai kul 2ptg,kami kol2 dah tak dapat.Panas makin terasa bahang..(sabar...) last kami wat keputusan untuk mengambil teksi untuk terus ke apartment yang kami sewa dahulu..(tunggu wat pa,wat sakit kepala ja)
Di Apartment,kami call lagi orang2 tersebut,mereka masih bagi alasan yang sama..last2 kami dapat van pada pukul 5 ptg..jadual perjalanan kami dah terbantut!! sepatutnya kami ke cable car petang tu! tapi tak pe..kami wat keputusan untuk pegi esok hari.
5 dec 2010
Pada pukul 9 pagi kami bertolak dari Apartment kami,menuju ker cable car.Kami smpai disana pada pukul 11pagi (jauh oo) ...smpai saja disana harapan kami semua musnah lagi apabila jutaan org sedang menunggu giliran untuk menaiki cable car! kami bercadang untuk skip cable car untuk hari terakhir iaitu esok.kami teruskan perjalanan ker Underwater World. Kat sana mmg best! kanak2 pun suka,yang tua2 pun gembira =)
Malam tu kami ramai2 makan malam di dataran Helang..waa..makanan kat situ agak terbaik la jgk..huhuh..aku makan nasi goreng USA jer...selepas bergambar kat sana..kami pun bertolak la balik..(konon2nya nak balik apartment awal supaya tido awal dan bgun awal pagi esok untuk ke cable car)bila aku parking jer van kat dgn bilik kami,aku matikan enjin..pastu aku tgok mcm ada ruang ckit lagi kat depan,aku ingt nak kedepankan ckit van tu,bila start balik dah dia tak mau start dah..rupanya bateri dah kong! PUNAH!!! esok nak kuar awal,kami call org yang sewakan van itu untuk hantar bateri yg baru,tapi...bateri tak dak!! kena tunggu pagi esok kul 10 baru ada!! F**K!!
6 dec 2010
pagi tu kami still tunggu bateri,mana tau diaorang prihatin dgn pelanggan nak hntar awal2 pagi..tapi...kul 11 baru smpai..adeh...punah lagi plan2 kami..hmmm...last2,bawak geng2 ibu2 neh gi IDAMAN SURI dgn menggunakan van satu lagi..Shopping smpai tak ingt dunia..huuu..aku tak pi pon.aku balik apartment,mandi swimming pool..hahaha
PERINGATAN
sekiranya pembaca2 blog aku ni nak gi Langkawi,jangan menyewa kenderaan di kompani ini :-
jangan menggunakan van yang bernombor pendaftaran ini
2 comments:
amoih.. ciap warning org tayah sewa van kat citu dah..bgos2!!(:
T kite sewe serena.. Cik tembam tanak follo ke? hehe
Post a Comment