Monday, December 20, 2010

Apa itu BACON??

Assalamualaikum..aku terpanggil untuk wat entry kali ini bila aku tgok sebuah rancangan masakan kat Astro. Nak tanya,korang tahu tak bacon tu apa?? Selepas aku tgok rancangan tersebut baru aku tahu yang bacon tu adalah daging BABI salai! Ya Allah! kawan2 ku! ingat tak kita pernah pegi makan kan Carl's Jr, kat The Curve kalau tak silap time kita pegi KL trip?? 












aku ada terbace kat dalam menu dia aritu,dan ada burger yang tertulis 'BACON'. Aku cuba cari dalam google apa itu bacon dan ini yang keluar  "Ternyata Bacon itu adalah daging yang diasapkan atau diasinkan, "biasanya" dari punggung babi" Astaqfirullahalazim...adakah kita semua dah termakan daging binatang tersebut??

dan setelah cuba mencari lagi dan ini yang aku dapat (dlm versi indonesia)"Dari Wikipedia, Bacon itu biasanya dari babi, namun bisa juga dari beef, lamb, chicken, goat atau turkey bacon.  Namanya tetap aja bacon, tapi bisa saja bukan daging Babi."

Ada yang berpendapat burger di Carl's Jr malaysia adalah halal (tapi aku tak nmpak lak tanda halal haritu)  tetapi ada juga yang berpendapat begini " dah namanya pun Bacon,dan benda tu dari daging babi,sedangkan air tapai itu pun ia halal,tetapi kalau minum sehingga mabuk ia adalah haram! mmg ada yang berpendapat yang Bacon ada yang dari daging lembu dan kambing tetapi kita tak tahu mcm mana cara ia disembelih,adakah mengikut hukum agama??"

Bukan aku nak tutup periuk nasi kedai Carl's Jr tu,cuma aku nak kan kepastian adakah betul Bacon yang ada dalam list menu kat kedai Carl's Jr tu adalah dari daging lembu atau kambing dan bukannya daging binatang tersebut??? kalau ade sesape yang rase aku salah sila beri komen dan perkuatkan lagi komen anda dgn bukti2 yang kukuh. terima kasih..

p/s: mencegah lebih baik daripada merawat,saya hanya inginkan kepastian. Mencari yang halal adalah satu tuntutan dalam agama islam.

20 comments:

Tanaka..>GeNEcist..™® said...

waa.. Terbaik la gamba2 tuu.. Asrill makan babi?!
Tapi mmg patot hang tulis camtu, sbb even restaurant yg pakai tande halal pon hidang bende tak halal.. Lain kali kite berhati-hati ek pilih makan.. Nasik kandar takpa..

Sang Kalimatapa said...

hahaha..tu la mohsin,aku tgh konpius ni..aku tergerak time nk makan kat ctu aku tgok tak de pun org melayu,kami je kot..pastu nmpak pak arab masuk baru aku yakin yang makanan kat ctu leh makan,tak sangka lak bacon tu babi

SaLLy said...

isyallah.. kolo kita yakin benda tu halal ok...
Bacon x semestinya daripd daging BAbi..
boleh je daging Ayam or ape2 pon kecuali ikan la kan.
Tapi aku lupe plak tgok kt kedai tu ade halal or not...
Tapi carls jr kt Malaysia mesti la halal!!!!
Xkan pekerje melayu kat situ nak makan babi hari2

Ko ni mamu bikin aku kompius je

~fiM-uNdefiNed~ said...

setahu aku bacon tu daging salai...
kat malaysia nie da banyak daging salai tak kire la ayam ke daging ker...huhu..oh kalau McD yang baru tu kan ader bacon...so, tak halal la kirenye?

hehe juz pendapat jer...jgn marah ;)

Sang Kalimatapa said...

sally,tak leh amik mudah jgk sally,kalau pekerja dia adalah org melayu,tak semestinya restaurant tu makanan dia halal beb. aku tgok kamus dewan pun dia kata bacon tu babi salai. Yang cakap bacon ada dari lembu atau kambing tu aku baca dia dari german.Bukan Malaysia...huuu..konpius.

Sang Kalimatapa said...

fim: a'ar,pendapat fim pun leh guna jgk.kalau McD maybe kita dah tahu McD ada pengiktirafan dari halal Malaysia..Carl's Jr?? try search dalam Google, apakah Carl's Jr halal di Malaysia??

Rasyid Zulkifli said...

sesetengah restoran ni kdg2 just guna nama 'bacon' sbg komersial je~ ala, konon nk western kn lagi la 2..

Sang Kalimatapa said...

tapi rasyid,adakah dia halal??

fahmy said...

Salam...saya rasa carl's jr ini tidak halal sebab memang takde pun nama syarikat yang kendalikan restoran ini kat laman halal jakim (Aspac F&B SDN. BHD) info syarikat ni saya dapat tau dari website rasmi carls jr sendiri http://www.carlsjr.com/company/releases/carls-jr-restaurants-enter-malaysia. Maybe untuk tempoh awal ni diorang masih tak dapatkan lagi pengesahan halal dari jakim. Tapi siapa tau akan datang kan? Kalau dah termakan takpelah sebab tak sedar and tak tau pun. InsyaAllah. Banyakkan bertawakal. :)

Sang Kalimatapa said...

thanks sebab bagi opinion fahmy,maybe jgk la. kite tak leh kata syarikat dari luar negara yang masuk pasaran malaysia semua adalah halal. mungkin halal mungkin tidak. tapi nak wat mcm mana kan? dah terlanjur baru tersedar..pape pun thanks fahmy! =)

Anonymous said...

kenapa kerajaan malaysia boleh amek remeh hal2 mcm nie. kalaw jakim pun susah nak approve yg dia halal itu bmakna ia mmg tak halal lah. sepatutnya tulis besar2 kat depan tu NON HALAL.

Sang Kalimatapa said...

sekarang ni susah la bila ada logo Halal palsu..kita sebagai pengguna pun menjadi was-was. Kadang2 kedai tu terpampang logo halal,tetapi pada hakikatnya tidak mendapat pengesahan sijil Halal dari JAKIM. Sebetulnya pengguna kena lebih 'alert' dgn bnda2 ni semua..jgn main hentam jer. =)

Anonymous said...

ak pernah pergi hotel kat bukit tinggi. ada satu menu yg ak xtaw pe benda. sebab risaukn kehalalannya, ak cari tagging nama kat situ. dia tulis beef bacon. dlm bahasa melayu daging lembu salai. so mkb je la. lembu kn halal

Sang Kalimatapa said...

terima kasih kerana sudi komen. =) beef bacon kemungkinan besar adalah halal kerana sudah tertulis 'beef' yang bermaksud daging lembu. Tapi agak was2 bila menunya hanya ditulis 'Bacon burger' kalau mengikut kamus bacon adalah 'daging babi dibahagian punggung'.. kita pun berharap agar bacon di malaysia adalah halal dimakan.. sebagai umat islam,mencari yang halal itukan satu ibadah =)

Anonymous said...

Tergerak nk comment...bacon tu originally nye is cured meat usually made from pig. But now we have beef/chicken dat is made the same way..cured meat but still halal as long as sembelih cara Islam. But they still use the term bacon because we dont have proper term..kalau gune cured meat nanti orang kurang faham..so kalau beef/chicken bacon insyaAllah halal. For your info, carl's jr tidak ade sijil halal jakim when i checked just now..but they use chicken bacon..mmg tulis kt menu die..up to diri sendiri nk pergi ke x..

Anonymous said...

Beacon yg dimaksudkan kat carl junior tu adalah chicken beacon... Kalau semua sedar, kat papan order kat bhgn bwh ada tulis chicken bacon...

Anonymous said...

Kalau mengikut JAKIM, restoran ini tidak akan dapat status Halal selagi penggunaan istilah Bacon itu masih digunakan walaupun diperbuat drpd ayam atau daging. Mereka tidak pernah cuba untuk menerangkan kepada orang ramai akan perihal ini (istilah yang mengelirukan katanya)sehingga ramai yang terkeliru sama ada bahan makanan ini diperbuat daripada sumber yg halal atau tidak. Perkara ini juga terjadi pada produk Bak Kut Teh, Hot Dog dan lain-lain. Kadang-kadang kita kena terima perkara berkaitan penamaan makanan ini dari segi budaya orang bukan Melayu. Yang paling penting dalam bab halal ialah sumber bahan bukannya nama. Kuih-muih tradisional Melayu pun ada nama yang pelik2 seperti kuih Tahi Itik dan Badak Berendam. Tapi adakah ini bermakna ia diperbuat daripada tahi dan daging badak?

Awin Rohaizan said...

Lebih baik jangan makan...jika ragu akan sesuatu..baik tinggalkan..


Anonymous said...

Ramai jugak melayu dalam Restoran Carls Jr di Setia City mall ni. Lama juga aku perhati logo halal depan restoran ni tp x nampak satu pun. Sangat menyusahkan bila restoran2 yg diragui Halal ni tak letakkan logo HALAL atau NONHALAL depan restoran. Terpaksa Google.. Jakim sepatutnya MEWAJIBKAN restoran2 ni letak logo HALAL atau NONHALAL depan kedai utk elak tersalah masuk. Halimzaki

kahkahkah said...

sy salah seorang yg ada kaitan dgn carls junior, sy just ank maklumkan yg carls junior itu adalah HALAL, bacon tu bukan daging babi tapi daging lembu. sy tau sbb kwn sy (ya, seorang islam) adalah pkerja bahagian purchasing di Aspac F&B dan beliau yg mguruskan pembelian semua bahan mentah utk semua cawangan carls junior. mereka dah pon apply utk halal certification tp masih dlm proses sbb ada beberapa bahan mentah yg masih xdpt halal jakim (wlpun dh dpt halal singapore). utk dptkan sijil halal, bukan 1 perkara yg mudah, sbb stiap inci produk tu mestilah ada halal jakim (hanya halal jakim, wlupon negara lain dh declare makanan tu sbg halal tp kalau jakim tak declare, tak boleh dpt halal jakim wlpon hakikatnya bahan itu adalah halal - sbg contoh tomato, salad pun kena dpt halal jakim). dan juga melibatkan kos yg sgt tggi. kebanyakan bahan mentah mereka perlu order dr singapore (sbb mereka mrupakan franchise dr sgapore) dan itu adalah pyebab utama knapa bahan mereka susah utk dpt halal jakim. skg mereka masih lg dlm proses mndapatkan halal certification. harap semua boleh clear dgn explanation ni.