Thursday, December 15, 2011

Pertama kali wat Header

ini lah kali pertama aku buat header untuk blog aku neh...agak buruk tapi...not bad kan untuk org yang kali pertama?? hehehe..papepun enjoy your reading guy!

Wednesday, December 14, 2011

Bila bosan..main bonda ni!!!

Korang tahu ape tu Dota?? Defence of The Ancient (Dota) suatu permainan yang suatu ketika dulu aku rasa bdk2 cina jer main...sekarang aku tgok ramai jer anak melayu yang main game ni. Aku mula berjinak main game ni time aku form5. Kawan2 aku la byk ajar aku cara main game neh. Mulanya mcm bosan,tapi lama2 best! Khairi Hafizi,Tineyash Sharma,Douglas Wee,dan Ang Peow Herng adalah individu yang menarik aku main game neh. hahaha..kalau tak aku tak tau pun game ni wujud. Dan disebabkan game ni lah jugak kami ponteng tuisyen Kimia...hehehe

comelkan karakter dalam Dota neh?? hehehe

Dota Hero..Mirana

Aunty neh pun main dota jgk neh...dia selalu guna hero Mirana =)

Prosperity is back!!

Salam readers! hehehe..saje jer nak bgtau arini rezeki aku la abg aku nak belanja McD...mulanya bila smpai kat McD Auto-City,Juru aku nak order McValue Lunch Big Mac...tapi terpandang lak ade set Prosperity Burger! wahh..lupe lak dh nak raya cina...hehehe..burger ni keluar bila nak tahun baru jer...hehehe...ape lagi...aku pun rembat la satu set!! pergghh..konyang....




p/s: punah harapan nak turun berat badan mcm neh...makin naik ada la.

Thursday, December 1, 2011

Fenomena kereta comel...

Assalamualaikum...salam readers!  aku arini tertarik nak bercerita tentang kereta..biasa la lelaki..hehehe...kalau pompuan asyik bercerita pasal baju,kasut..shopping jer! kita laki pun ada bnda nak diceritakan kan? ofcoz la kereta dan bnda2 yang extreme..ngee..

Fenomena kereta kompak (compact) makin meningkat akhir2 ni..kalau korang tgok kat atas jalan raya byk kereta yang kecil berbanding kereta yang besor2.. Mengikut statistik menunjukkan negara malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai purata keluarga yang besar. Maksudnya dalam satu family kemungkinan ada dalam 5 orang anak. Sesuai ke kereta kompak ni?? Purata kelahiran di Malaysia juga adalah yang tertinggi berbanding negara Asia yang lain.

Pengeluar kereta di Asia juga byk mengeluarkan kereta yang sesuai untuk orang Asia. Sebagai contoh Daihatsu dari jepun yang byk mengeluarkan kereta yang bersaiz kecil. Peredaran Otomobil Kedua (PERODUA) adalah salah satu syarikat pengeluar kereta yang terbesar di Malaysia telah byk mengeluarkan kereta2 yang bersaiz kompak. Tapi aku rasa mmg efektif bila Perodua mengeluarkan kereta yang bersaiz sebegini. Ini kerana rakyat Malaysia menggemari kereta konsep sebegini.

 Myvi antara kereta Malaysia yang mempunyai jumlah jualan yang tertinggi. Harga untuk sebuah Myvi adalah >RM 40,000 

 Ford Fiesta yang semakin laris penjualannya di Malaysia. RM 70,000

 Pernah dikenali sebagai kereta 'Mr Bean'..Mini Cooper. RM 239,000 (baik beli rumah bai)

 Suzuki Alto..RM 44,888

 Kelisa.. RM 38,295
Suzuki Swift. Cantik dowh..harga pun cantik jgk.. =P..RM 66,000


p/s: berangan tak salah kan??? hihihi...