Monday, January 30, 2012

Si Putih suci menjadi BumbleBee

Ini lah hasil dari tangan aku sendiri! walaupun tak la elok mana pun..aku tak pandai sgt bab2 spray2 neh...tapi untuk first timer ok la tu..hehehehee...

 aku bogelkan 'beliau'


 Putih kini hanya tinggal kenangan...

 setelah siap spray2..hehehe





yeaahhhh!! keje ni la yang aku buat time masa yang byk bila time cuti..hehehehee

Tatu salib dianggap jenaka?

Salam..lama benor aku tak merajinkan jari jemari aku nak menulis blog neh..tetiba arini terasa mcm nak menulis selepas aku 'TER' baca komen di MukaBuku yang agak hangat. Ramai yang mencemuh dan ramai jgk yang menyokong. Cerita dia simple jer, seorang hamba Allah yang beragama ISLAM telah pun meng'upload' gambar diri beliau. Upload gambar tak kisah sgt,tapi yang kisahnya gambar yang diupload tu ada tanda salib dipaha dan dibelakangnya (ye la kot). Dan Hamba Allah yang bergelar wanita ini dgn bangganya menunjukkan tatu tersebut dikhalayak ramai. Tembok Palestin tol minah neh punya muka,sikit sekelumit pun tak rasa malu. Ramai yang mengutuk dan membidas tindakan wanita ini. Dan beliau boleh membidas balik kata2 org yang memberi teguran tu. Hebat wanita ini. tgok ckit ape yang diperdebatkan.


Beliau dgn rasa bangga nya memberitahu yang dia ada tatu. Ish3..beranikan?? Dan apabila ada yang mengutuk tindakan beliau,ini jawapanya..



Art??? mane la dia ni belajo tanda salib tu art..byk lagi bnda lain yang boleh di 'Art' kan..kenapa mesti salib?? Selepas bertubi2 kena kutuk dan nasihat, akhirnya beliau dah tak tahan apabila ada yang tulis kat situ 'kesian mak bapak dia neh'


Beliau menggunakan alasan MUDA LAGI untuk bertatu??? dah tua nak buang mcm mana?? ada yang menyokong dan berkata 'jangan la kecoh,itu marker je..boh air 2 3 minit hilang'. Cik penyokong, tak salah menyokong sebab bnda tu tak kekal tapi gambar yang dilukis tu tak elok. Pssstt..cik penyokong pun ada satu kot kan bontot? sape tahu kn?? Allah je yang tahu. =)

Tetiba salah satu hamba Allah ni memberikan beberapa pandangan apabila ada yang menyokong perbuatan wanita tadi. Mereka berbalah dgn pendapat masing2.

Dengan selamba En penyokong ckap 'ada org yang brtatoo lagi teruk dr ni tp kewajipan sbgai umat islam dia tunaikan dgn ckup' Pelik..kau dah bertatu satu bdn and then kau pegi sembahyang kat masjid, kalau malu sembahyang kat umah (ari jumaat tak pegi ke??)  Allah dah larang jangan bertatu,barang siapa yang ingkar perintahnya maka amalannya tak diterima. Ini dah tertulis,bkn aku main sebut jer neh. Kau tunggang terbalik sembahyang tapi tatu penuh bdn. terima atau tak terima amalanya hanya Allah yang tahu.



aku maleh nak komen kat gmbar wanita tersebut, bkn takut tapi tak guna nasihat org mcm tu..sebab tu la org melayu smpai sekarang tak bersatu, org melayu cukup tak suka kalau jaga tepi kain org neh..tapi kalau bab2 agama, jaga tepi kain org tu harus. Kalau semua buat bodo jer..hancur la.

Pendapat aku la kan,wanita tersebut hanya nk cari publisiti murahan jer. Ye la..muka cantik..bdn cantik..tapi sayang,otak tak berapa nak cantik. Amik Diploma Tuuuut tapi tak boleh nak berfikir lagi. Aku salute kepada sesiapa yang menegur wanita tersebut. Mereka mmg berani. Yang menyokong jgk tahniah kerana anda berjaya menegakkan keadilan mengikut pandangan anda.

kata-kata terakhir, biarlah tak berapa nak cukup iman,tak berapa perfect dalam bab agama,tak berapa selesa nak pakai ketayap atau serban, tapi sekurang-kurangnnya sedikit ilmu agama yang ada dapat meneguhkan lagi syiar agama islam. Salam...~~

p/s: kepada yang beragama kristian atau lain2 agama yang membaca blog saya,saya bukan seorang yang anti kepada agama lain. Bukan begitu maksud saya. Setiap agama ada larangan dan pantangnya. Jika ada yang tersinggung saya mintak maaf dan boleh terus komen kepada saya, saya menerima kritikan anda. (kalau ada yang tak puas hati la..) =)