Tuesday, May 24, 2011

Permainan yang aku main ketika aku kecil dulu...

hi readers! today aku nak cerita ckit pasal permainan kanak2 neh..kalau dulu zaman2 tok2 kita dulu byk permainan tradisional seperti konda-kondi (tau tak main apa neh?) galah panjang,teng teng dan byk lagi... Zaman kita dalam zaman 1990-an byk permainan yang canggih2 dah kuar seperti Digimon,Kung Fu Fighter, Tamagochi,Cyber Pet dan mcm2 lagi lah. Budak2 sekarang apatah lagi..keje main PSP,PS3,XBox jer..smpai tak de perkembangan langsung! (Nada Marah) Aku dulu pun nasib baik la aku duduk kampung dgn tok aku,kalau tak aku pun tak tau apa tu permainan tradisional. Dulu nak beli bnda2 jadah mcm Digimon semua tu tak de duit,nak mintak kat parent suruh beli takut sebab mak aku ckap mcm neh 'Akmal! dapat no 1 baru leh dapat Digimon!' mmg tak dak harapan la..dapat no tercorot ja..=)






Suasana kampung lain beb! dia bermusim,kalau musim orang main permainan ni,semua main! Dulu aku tak taw main guli,aku tgok jer orang main..smbil tgok tu aku belajar..bila dah rasa konfiden aku gi beli sepuluh biji guli dan main...peerrgghhh..ini champion la,beli sepuluh,bawak balik satu tin besar Milo guli aku kumpul..hahahaha..




Mai plak musim main gasing,aku pun nak main jgk..mana leh tgok org main ja..org main gasing tak kan aku sorang2 nak main guli. aku beli satu gasing,nak baling tak reti,aku tgok orang baling dan aku belajar kat umah.Dannn...aku dh ckap..champion..aku pandai baling beb! serius tak tipu punya... =) (bangga jap)






Beralih lak musim berangin plak..time musim berangin org akan main layang2 beb! aku dgn mmber aku akan pegi curi penyapu lidi dan kertas surat khabar,kami buat layang2 sorang satu pastu cuba naikkan layang2 yang aku wat! Dalam byk2 hanya dua kali kalau tak silap layang2 aku lama terbang diudara..caya lah!






Lagi satu,permainan jugak kadang2 dipengaruhi oleh media massa,sebagai contoh sekarang tgh Piala Thomas,hah! ramai la budak2 akan main badminton termasuk la aku..hahaha..bila time piala dunia lak,main apa lagi..bola la! =)


p/s: Rindu zaman kanak2..time tu tak fikir byk..fikir main jer..huhuhu

Monday, May 23, 2011

Reunion Form6 2011 Gempak!!!

Salam....hye dearest reader! pada 21 Mei 2011 yang lepas, rakan2 form6 aku telah buat satu Reunion keliling Pulau Pinang. Walaupun hanya 8 orang jer yang ikut,tapi sangat HAPPENING! mcm 300 orang yang pegi! First aku amik member aku syafiq,pastu amik si zalika,and then amik Fatihah..yang sorang lagi aku kena pi amik kat area sebrang jaya iaitu Cassandra. Setelah semua telah dipungut,kami terus ke Butterworth untuk mengambil kawan kami Amirul yang sanggup datang dari Alor Star demi Reunion ini.Nampak tak, kami sangat2 menjaga hubungan persahabatan kami! =) Tapi sedih jgk ade yang nak pegi tapi tak dapat pegi mcm Fieda dan Kiera..tak pe ye..nnt kita wat lagi..korang mesti join k! 

First tempat kitaorang pegi adalah Botanical Garden atau pun Taman Botani kat Kebun Bunga,Penang. Biar gambar berbicara...

ni time ondaway ke Botanical garden..nek ferry


ni la Amirul

dari kiri : zalika,Izzati,Laxmie,dan Cassandra



beliau adalah peminat camera!


time sampai di botanical garden..semua mcm kena histeria sebab nk tangkap gmbar..hahaha










Kemudian kami mengambil keputusan untuk ke Taman Negara Pulau Pinang di sebelah teluk Bahang..byk jgk gmbar yang diambil kat cni..


tgh tunggu nk nek bot...



nmpak mcm professional kan?


time nek bot...


ceewwaahh!!


seronok jumpa air...


hayunan keemasan!


ika bagi instruction kepada amirul dan syafiq sebelum membuat hayunan


yang tiga neh hayun kat cni jer.. =)


ami selepas berlawan dgn ombak selat melaka..=)


gaya seorang penerjun bebas






pasangan bercinta ke?? Eerrkk


laju...laju..buaiku laju...







amirul membaca doa sebelum mmbuat hayunan,syafiq meng'amin'kan dibawah



dan..... =) 



aku tak dapat lupakan pengalaman ni. Alhamdulillah,aku dapat member yang menitikberatkan soal persahabatan dan tak mau lupa pada rakan2 yang lama,itu aku sokong sangat2! Terima kasih kepada Cassandra sebagai Pengarah Projek,nnt buat lagi naa...dan yang lain2 seperti Amirul yang snggup turun padang dari Alor star ke penang semata-mata untuk berjumpa dgn kwan2,zatty,zalika,Fatihah, laxmie dan syafiq yang sudi join! Insyaallah kalau ada masa kita berjumpa lagi..wat event lagi nnt taw! Luv u All! =)


Monday, May 16, 2011

Jangan Mudah Terpedaya!

Assalamualaikum..hari ni nak kabor pasal panggilan yang tak patut kita angkat atau jawab.Pernah dengar kan panggilan pasal menang peraduan? menang ribu2 lah ape lah..pukul 9 pagi tadi aku menerima panggilan daripada nombor yang tak dikenali (private number)..aku sangka kan nombor dari bank Rakyat sebab aritu dia kata ada nak kol bgtau kad aku dah active atau belum,aku pun angkat la

Aku: Hello...

X    : Hello, kami dari celcom center,nak tanya tuan betul ke ini no tuan 013-5960***?

Aku: Ya,itu no saya, kenapa?

X    : Kami nak bgtau yang tuan memenangi peraduan celcom Satu Malaysia berupa hadiah bernilai RM5000

Aku: oh,ye ke..

X    : Tuan tak perlu bagi no akaun dan no pin sebab itu adalah privasi tuan,tuan cuma perlu ke mesin ATM shj, tuan guna bank apa?

Aku: Saye guna maybank.

X    : Maybank? Malayan Banking ya? ada guna kad?

Aku: ada..

X    : Sekarang mcm ni ya tuan,kami nak bagi hadiah ni terus sekrang,boleh tak tuan pegi ke ATM berdekatan  sekarang?

Aku: saya baru bgun tido neh...awak kol saya pkul 12 tgh hari kang leh?

X    : Hmm..ok lah nnt pukul 12 awk miskol kat no saya 017-486***...boleh tuan ulang balik no yang saya
        bagi?

Aku : 017-...ape ntah.

X     : Tuan tak tulis no yang saya bagi tadi?

Aku: Tak.

X    : Tuan nak ke tak hadiah neh? (suara makin tinggi)

Aku: Mcm ni je lah,awk bagi je lah hadiah tu kat orang lain,saya tak mau.

X    : Lancau! (terus letak)


Mcm tu ke celcom center? sebenarnya aku dah pernah kena dah,dan aku dah tau tu sindiket penipuan,aku dulu pun dia kata aku menang RM 100,000 hadiah petronas bagi,aku kol dia suruh pi ATM jgk.aku tak pi..sapa pi mmg bodoh lah..mmg dia tak amik no pin dgn no akaun,tapi kalau kita dah pi ke mesin ATM dan masuk kan kad kita bukan kah dia dh leh detect no akaun kita? hmmm..mcm2 cara orang nak tipu untuk duit kan?






p/s: berwaspada dgn panggilan no private dan dengar betul2 cara dia cakap  sebab ada bunyi macam indonesia ckit ..

Sunday, May 15, 2011

Selamat hari guru!

Assalamualaikum dearest reader..arini 16 haribulan mei adalah hari dimana kita menghargai pengorbanan seorang guru. Alhamdulillah,aku sgt2 lah bersyukur dan rase pengorbanan seorang guru itu tidak terhingga. Arwah ayah ku juga seorang guru. Ini bermakna guru ni mmg dekat dihati aku.. Guru adalah seorang insan yang mengajar,mendidik dan membimbing para pelajar untuk menjadi manusia yang berguna.Nampak tak? jasa seorang guru tu tak ternilai beb! Mcm budak2 sekarang ni aku tgok dgn cikgu pun boleh ajak bertumbuk. Hei! mane korang punya pendidikan sivik? Murid yang lahir tahun 1991 dan keatas belajar mata pelajaran Pendidikan Sivik,tapi sivik mcm haram..Mcm kita2 ni kot la,time kita mana ada lagi pendidikan sivik kan? =)

Antara guru2 yang aku ingt mngajar aku suatu ketika dulu adalah dimulakan dgn guru tadika aku dulu.Aku ingat lagi cikgu Aminah. Dia orang yang lembut,tapi tegas! budak2 takut dgn dia,tapi boleh dikatakan rapat la dgn dia sebab bila time pegi tadika,pukul 9 jer dia akan panggil aku, 'akmal jom ikut cikgu pi beli nasi lemak sat' aku pun tak paham dulu kenapa dia suruh aku pi beli nasi lemak kat kedai depan tu.Sedangkan dia boleh pi sendiri..maybe dia ada alasan yang tersendiri =) maklumlah,yang si penjual tu lelaki..

Time aku sekolah rendah lak,cikgu yang aku kenal dan aku ingt adalah cikgu Yusof,ini cikgu champion punya! hahaha..beliau seorang yang boleh dibawak bergurau,seorang yang tegas,seorang yang berdedikasi..beliau mmg seorang guru yang cemerlang! ramai pelajar yang senang dgn cikgu Yusof ni.Tak lupa jgk cikgu Bakhtiar atau cikgu Bad.Aku ingat lagi moment dimana aku tercakap benda yang tak sepatutnya depan beliau..hahahah..cerita bermula mcm ni,aku ditugaskan untuk memanggil amirul(member aku) dikelas yang lain.Aku pegi la dan smpai dikelas tersebut Cikgu Bad dalam kelas tgh mengajar matematik. aku ketuk pintu tok! tok! tok! 'Assalamualaikum cikgu,saye nak jumpe amirul boleh?' cikgu bad jwb 'hah? nak jumpa amira?? Amira ni dia nak jumpa kamu..'(dgn niat untuk menyakat aku) aku dgn tetiba terkeluar dari mulut aku 'amira kepala hotak hang!'..cikgu bad dgr! 'hang kata apa tadi?' dia pegang pembaris panjang kaler kuning tu depan aku...nasib baik tak kena tibai..hehehe..pengalaman tu tak dapat aku lupa beb! cikgu2 lain seperti cikgu Azmi yang ajar muzik,cikgu Rashidah yang ajar sains,cikgu Hanita ajar sains jgk,dan2! aku ingat lagi cikgu Naomi! hahaha..cikgu ni Ya Allah kalau berletiaq sampai besok pun tak abeh! dia ajar aku Matematik time darjah tiga,dia tgh mengajar math dia tanya soklan tentang bahagi,orang lain jawab betul,aku jawab kuat2 jgk tapi salah dia kata ' sape yang sebut seratus dua puluh tadi? aku picit tete* kang baru taw!' hahahahaha...indahnya pengalaman dahulu kan bila teringat..

Bila dah sekolah menengah lain plak hal yang aku buat dgn cikgu2 aku..hehehe..rilex la..time ni mmg nakal ckit..hehehe..bila kau masuk sekolah menengah,aku dikenali semua cikgu sebab arwah ayah aku penolong kanan sekolah tu.Aku agak tension la jgk sebab aku tak leh wat salah ckit,wat salah jer nnt mesti ada report yang dihantar terus ke arwah ayah aku..haish...tak senang taw!..cikgu yang ajar aku EST dulu,Sir Ng Kooi lim,haish..aku wat salah ckit jer 'I will tell your father"...adeh...rimas! tapi disebabkan dia jgk lah EST aku B..hehehe..byk cikgu kat sekklah menengah yang aku rapat..ye la,kita mcm dah besar ckit kan,tu yang leh rapat tu...heee



p/s: Guru ibarat lilin yang membakar diri....

Wednesday, May 11, 2011

Fast And Furious 5 GEMPAK!!!

Hi,saje jer nak post,nak citer pasal cerita yang aku tgok kat wayang semalam,maybe aku lambat tgok cerita nih,tapi aku nak post jgk because cite ni gempak beb!! tak sia-sia kuar duit RM6! hahaha


jalan cerita agak best,tak byk bercakap,aksi lebih! itu yang kita nak..kalau nak byk bercakap baik buat cerita cinta kan?? =) Pelakon dia pun pelakon2 yang terdahulu..kalau sesiapa yang pernah tgok fast and furious,2 fast 2 furious,Fast and furious: tokyo Drift ,dan the fast and furious 4 mesti kenal pelakon2 yang lain yang pernah ada dalam citer yang dulu2 tu..macam:

 ramai lagi lah!! papepun cite ni mmg best!! wee~~

Monday, May 9, 2011

Dan...Liverpool menang lagi!!!

hahaha...liverpool menewaskan Fulham 5-2 pada saingan pagi tadi!! congratz to liverpool!!

senarai penjaring gol:

maxi Rodriguez,3 gol
Dirk kuyt,1 gol

Luis Suarez,1 gol

p/s: tahniah liverpool! sekarang liverpool menduduki tangga ke-5 liga! =)