Sunday, July 17, 2011

Boikot,tak nak amik port,buat tak tahu = baik tak yah ade organisasi

Assalamualaikum..hi dearest reader! hehe..now aku dah already kat umah..tak de keje,game semua hilang dalam desktop aku,so aku mula la gatai tgn dan jari nak tulis blog..hehe..

Btw, skrng tgh cuti mid sem..seminggu kot..huhu.seminggu kejap jer..tak lama mana pun... bukak2 cuti jer aku trus ade dinner untuk organisasi untuk budak2 investment neh yang dinamakan Co-exias. Tapi sedih dan kecewa bila dgr ramai yang tak nak support dinner kali ni..nape? sebab sibuk? orang lain pun sibuk... malas? orang lain pun malas... ade jgk terdengar cerita yang dalam satu organisasi ade perangai nak boikot memboikot..Gapo diyo nate beghok? dey..kita dalam satu organisasi la..nape nak kena ada boikot memboikot? kita dah la tak berapa nak besar mcm kos lain.

Tuhan ni maha Adil...what goes around come around (MUET band 2) kalau kita pernah buat kat org mcm tu, tak mustahil org akan wat balik kat kita..so ingtlah, kalau persatuan ade wat pape aktiviti tu join la..kalau ade 100 lebih dalam satu part, 70 org datang pun dah kira ok dah..ini tak,ade 100 org lebih, yang datang cuma 12 org. Korang time blaja dah tunjuk perangai mcm neh..bila time keje nnt mcm mana la aku tak tau. (geleng kepala)

So, mcm kitaorang yang dah part6 Dip. in Investment Analysis ni dah lali dh dgn acara boikot memboikot neh...Junior kena la kerjasama satu sama lain..kalau tak masalah boikot ni pasti akan berlarutan smpai bila2..haiyaa..smpai bila maa..

dulu seingat aku la..time aku part1,time sportday hanya satu part yang boikot..part6,itu pun diaorang datang jugak cuma tak aktif sgt..kira ok la tu..nak jgk datang..sekarang bila tak suka trus semua boikot tak datang..ingat..semua part akan merasa handle dinner..time tu la korang akan rase bila penat lelah korang nak siapkan dinner yang gempak tapi tak de orang yang datang.

bukan nak ugut ke ape ke..cuma nak ingtkan..aku wat mase ni dari part1 smpai part 5 tak pernah lagi tak pegi dinner. Bila kita support org,org akan support kita..serius! jgn marah naa..sekadar teguran..kalau ada salah sila komen entry ni k! bubbye! salam..adios amigos!

Wednesday, July 13, 2011

Project Paper+Test+Trip+study tunggang langgang= tension sial!

Part6 bukan masa dan ketika budak2 investment nak enjoy..serius aku cakap,tak de mase kot. Time orang lain tgh cuti,korang kena mengadap laptop wat project paper,orang lain duduk bilik rileks2,korang tunggang terbalik study+wat project paper..

tapi kalau btol ape yang dikatakan ketua program bahawa budak2 invest neh susah time diploma,time degree dah senang dah..Alhamdulillah la kalau macam tu! Tapi kalau tak susah bukan study namanya tu..ada usaha..rajin..leh la jadi pandai mamu oi..

Berkenaan kelas repeat aku lak, aku dah skip lebih kurang 3 kali dah beb. Dah la skrang blajar FIN320 tak same mcm dulu..Lain lecturer lain cara..aku kena pahamkan dua2 cara..korang tak tahu kan? Bior aku sorang jer tahu noh.. Aku nak lulus dgn cemerlang paper neh..tak nak sekadar lulus C+! baik tak payah repeat.

Isu Trip, aku mulanya tak kisah pun..tapi bila fikirkan balik btol jgk cakap ketua program, byk masa dah digunakan untuk pegi trip. Bila aku wat keputusan tak nak join,ramai plak yang tak setuju..katanya ini trip terakhir untuk sem akhir..yes, i know..tapi aku kena jgk fikir diri aku jgk kan? Tapi bila aku fikir pasal korang dah wat kerja, call sana call sini, kalau benda tak jadi,jadi mcm tak best jgk..aku paham situasi tu.. sapa nak wat keje half way kan? its ok lah..aku join lah trip kali kedua ni dgn hati yang ikhlas..harap trip kali ni ade la jgk sikit sebanyak ilmu aku dapat. Kalau just fikir enjoy jer nak pegi trip neh baik tak payah..penat badan beb,keje byk lagi tak siap..hope ade something yang bernilai leh aku dapat dalam trip kali ni. Insyaallah..Enjoy time trip tu boleh..aku pun nak release tension gak..tapi jgn lah 95% Enjoy,5% kerja...tak jalan project beb.

tak larat nak tulis dah..nak rehat jap sebelum aku jawab test FIN320 pagi ni...aku nak jgk grad on time macam orang lain. Doakan aku..amin.

p/s: aku pegi trip kali kedua ni

Tuesday, July 12, 2011

Baru ko tahu!

Haaa...itu lah..sebelum ni ko buat ape pun orang lain diam jer..dah kene kat ko balik baru ko nak mengelabah biawak lak kan? sebelum2 ni ade ke ko kisah pasal orang lain? ko buat kat orang boleh,orang buat kat ko mula la nak naik hangin?? Gapo Diyo nate Beghok?

haaa..nape tetiba mengamuk ni mamu?? haha..saje acah jer tu...tak de keje pepagi buta tak leh tido..huhu..mula la nak merapu merepek meraban..hehehe

tak de pape pun sebenarnya..ni drama dalam TV3 aku tgok hari tu..cuma nak bagi pendapat ckit la...sebelum nak marah orang lain tu,fikir la dulu..jgn marah secara mem"babi" buta jer..nnt orang lain cakap balik kat kita..

contoh mcm org akan kata 'alah,dia pun wat kat aku dulu,aku diam jer,sekarang kene kat dia tau plak nak bising' lebih kurang mcm tu la kan..

malas merepek byk2,nak tido..bye!

-renung-renungkan dan selamat beramal... =)