Friday, May 10, 2013

Setelah kau pergi.... (blog tertunda)

Hari ni genap 7 hari beliau meninggalkan kami... mungkin dahulu bila mendengar nama beliau ramai yg mengeluh,ramai rimas dgn arahan yg diberikan, ramai yg tak tahan dgn karenah beliau...tapi kini dh tak de dah semua tu...sunyi rumah ni bila aku smpai...sekarang bila pergi rumah tok ayah, seperti takde suara2 yg selalu aku dgr...selalu memberi nasihat...rumah menjadi muram disaat beliau tiada.

Kalau dulu datang rumah beliau petang2, akan nmpak kelibat beliau di depan rumah melihat suasana petang, melihat org lalu lalang di depan rumah. Bila aku smpai ayat pertama yg terpancul di mulut beliau adalah ' aku mimpi hang adik'. Tapi sekarang tak de sape yg nak mimpi kan aku dah. Sekarang dah tak de sape nk bercerita di luar rumah diwaktu petang...

Kalau dahulu bila aku dtg je ade je arahan yg dia suruh, sesetengah cucu tak tahan dgn arahan beliau tapi bg aku, aku dh 'TERBIASA' dgn arahan beliau sebab mungkin aku terlampau lama tinggal bersama beliau. Aku mmbesar dgn beliau. Dari tadika sehingga darjah 6 aku tinggal di kampung. 

Kadang2 aku terasa mcm sedih bila aku antara cucu yg tak sempat nk memberi penghormatan yang terakhir kepada beliau..aku rasa seperti aku tak sempat nk meminta maaf sekiranya aku ada mmbuat salah terhadap beliau. Aku rasa ada jgk salah yg aku buat dgn beliau, beliau byk sakit hati dgn aku. Aku ni cucu yg agak nakal dan keras hati ckit.Kadang2 apa yg dia suruh, aku buat tak tahu je... aku tak tahu dlm hatinya apa yg dia rasa...





Allahyarham Hj Morad Bin Shahidan 


Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mu wahai Tok Ayah. Semoga Allah menempatkan Tok Ayah ditempat orang2 yang beriman. Amin....






Dari cucumu yang nakal dan tidak mendengar cakap

Ada akal,FIKIR...ada Otak,GUNA

Assalamualaikum..lama aku tak berkecimpung dalam dunia blog ni..skrng blog dh bosan la..mcm biasa la..org melayu mmg MALAS membaca ckit..(termasuk la aku). Okay straight to the point, nowadays ramai yang bising pasal PRU13. Aku pun tak kurang hebatnye tapi aku tak de lah taksub sgt dgn politik2 ni. Tapi aku ni jnis yg kuat selidik. Nak kata aku berat ke arah pembangkang,TAK..nak kata aku berat ke arah kerajaan pun TAK. So aku dimana??

Korang fikir lah sendiri aku dimana...ada yang kata aku MACAI, ada yang kata aku HIJAU...
dalam hati aku sape yang tahu...
BIRU,HIJAU ataupun MERAH
itu hanya warna, keprcayaan sesetengah org..
Biarlah kalah asalkan tidak berbalah,biar menang asalkan hati tenang..


credit to akuanakpahang.blogspot.com  

|
|
|
|
|
|
|
|
|
MELAYU buka MATA, MELAYU buka MINDA
Jangan bila sudah TERHANTUK baru TERNGADAH
Jangan bila BANGSA sudah terJUAL baru nak BERUBAH
Jangan jadi BODOH kalau diri bukan seorang yang BODOH
Jangan jadi MELAYU yg LAYU, tapi jadilah MELAYU yg tahu HALA TUJU  




wallahualam