Friday, May 4, 2012

Kenapa salahkan orang lain? salahkan diri sendiri dulu!! (BERSIH 3.0)

Assalamualaikum,salam sejahtera..salam satu malaysia... masih 'SATU' ke Malaysia ni?? bagi aku la kan malaysia dh tak berSATU dh sekarang. Baru2 ni Perhimpunan BERSIH 3.0 telah berlaku di area Kuala Lumpur. Aku tak pegi pun, hanya mendapat info daripada FB dan tv sahaja.

Aku tergerak hati nak tulis blog kali ni adalah sebab aku sedih gila tgok anak2 muda MELAYU yang dicucuk hidungnya menjadi BALACI kaum lain. Aku bukan org kerajaan yang nak menjahanamkan pembangkang, tapi aku menulis atas dasar AKU ANAK MALAYSIA.

Aku kecewa bila ada yang mempersalahkan pihak lain (polis) bila mereka di hentam dan dibelesah oleh pihak polis apabila mereka melakukan demostrasi. Hey ABG,PAKCIK,MAKCIK,KAKAK, kalau tak nak polis melakukan keganasan kenapa kamu melanggar undang2 perhimpunan hah?? dah tak paham bahasa MELAYU sebab dh jadi pengikut AMBIGA?

Polis melakukan perkara yang betul, semasa awal perhimpunan tak de sape yang cedera dibelasah polis..kenapa?? sebab semua berjalan dgn elok,tak de yang memaki hamun. Tapi bila pukul 2.30 ptg semua menjadi mcm 'KERA KENA BELACAN' kenapa?? owhh..nak protes..nk kata POLIS ANJING KERAJAAN?? bila korang dh membuat huru hara tak kan polis nak dok diam??

Ini lah masalah org melayu, ingt pepatah neh 'Diluah mati mak, ditelan mati bapak' Bila jadi huru hara,polis buat bodoh..biar kan je huru hara berlaku ada lah pihak akan berkata 'Polis makan gaji buta,kerajaan bagi elaun byk kat polis tapi depa tak buat keja pun' dah jadi lain lak....

Bila polis menjalankan tugas bila jadi huru hara seperti meleraikan perhimpunan yang ganas, ada pulak yang ckap mcm neh ' Polis BARUA, Anjing kerajaan!' Hey, mana korang letak otak korang? kalau korang tak cetuskan apa2 huru hara, polis tak de hak nak tangkap, belasah korang taw? ke korang buat tak taw sebab korang yg dh dirasuk syaitan??

Ada yang letak video di YOUTube menunjukkan kesan lebam dan mata yang merah dibelasah polis. Sedara,yang kau gi maki hamun diaorg kenapa? ada kacau korang ke?? ingt lah matlamat korang nak buat perhimpunan bersih tu untuk apa?? untuk BERSIHKAN PENIPUAN DALAM MENGUNDI. Tapi sekarang korang dh tersasar jauh. Korang memperjuangkan emosi korang sahaja.

Semasa BERSIH 2.0 berlangsung, ada tak yang cedera di pukul polis? ada tak?? pihak kuning mungkin jawab ada..tapi sebenarnya tak de kan? sebab ape tak de?? sebab korang buat Demo mengikut syarat2 yang telah ditetapkan!! itu baru bgus! ini tak, bila ada yang memberi arahan untuk menjadi BODOH,korang yang bijak PANDAI ni pun ikut lah arahan BODOH tu.

Aku sedih,sedih dgn MELAYU..aku malu kalau ke negara asing org asing tgok kita sebagai PENGGANAS. Sedarlah melayu,jgn diikutkan sangat emosi. Memang aku taw,kalau tak buat demo mcm neh, kerajaan tak mendengar suara hati rakyat. Banyak cara lain lagi boleh digunakan..bukan hanya BERDEMO.

Bagi pihak kerajaan, seharusnya lakukan sesuatu untuk rakyat. Rakyat tak suka ditindas tapi selama kerajaan memerintah tak de lak nmpak org melayu,cina dan india ditindas? ade ke?? Rasanya kita hidup aman je. Bila jadi mcm neh rasa tak aman dh Malaysia neh. Nak jadi mcm SYRIA ke?




Orang melayu yang beragama Islam dibahagian hadapan..mane kaum lain? kenapa melayu sahaja dibarisan hadapan?

 yang terbalik kan kereta pun sape? MELAYU..



Pssstttt...korang yang kena belasah dgn polis,kaum lain rileks je takde lebam..korang yang cari nahas,kaum lain PANDAI korang yang BODOH...

Sunday, April 8, 2012

Tak payah nak tunjuk yang kau syg sgt kat dia la...

Salam,hai readers! kenapa aku terpanggil nak update blog aku kali ni? haaa...mesti la ada isu hangat! kalau tak de isu hangat aku pun malas nak update bnda2 yang tak berfaedah (selalu je aku buat).

Isu kali ni adalah aku ber'bulu' mata (bukan bulu mata) tgok segelintir anak muda atau lebih dikenali sebagai REMAJA yang upload gmbar2 kat FB. Aku tak kisah nak upload gmbar apa pun, kau nak bogel ke,tak pakai tudung ke ape ke...why should i care?? (lecturer BEL aku selalu ckap mcm neh)

Tapi terasa nak tulis ayat mcm tajuk kat atas nuh...nmpak tak tajuk atas tu??? Aku on9 FB aku hari neh,tetiba dekat 'News Feed' aku terkeluar gmbar merpati dua sejoli. Tangkap gmbar berdua tak menjadi isu sgt (aku pun ada gmbar berdua) tapi yang aku rasa mcm kalau nak tampor je beliau berdua adalah dengan tanpa segan dan silu upload gmbar yang 'Pompuan' CIUM pipi si 'Lelaki'...errrr...

Kalau lah itu adik aku,dh lama aku sepak terajang smackdown atas bawah. Malu la ckit derr..kita ni melayu..buka KAYU yang suka2 hati nak upload gmbar2 ELIT mcm tu. Kalau nak jgk tangkap gmbar kau cium pipi aku,aku cium pipi kau boleh jer...tapi tak payah la upload kat FB...Malu la sial.

Aku sebagai melayu pun rasa malu...kalau mak bapak kau tgok gmbor mcm tu tak ke sakit jantung,kencing manis,darah tinggi,HIV,AIDS,kurang darah merah dan mcm2 penyakit leh timbul?



p/s: Orang lain pun bercinta jgk...tak perlu semua bnda nak bgtau org..

Friday, April 6, 2012

Rumah sewaku,syurga ku.. =)

Salam dearest readers! bersangkut paut dgn tajuk diatas aku saja jer nak memperkenalkan rumah sewa kami neh... mana lah taw kot2 ade yang berkenan nak duduk rumah kami ni..ada lagi kosong untuk seorang lagi. Macam dalam blog umisalmah.blogspot dia ada cerita pasal rumah sewa beliau..arrgghhh..aku tak nak kalah,nak cerita jgk! hahaha..bersaing secara sihat..kita mmg sihat kan umisalmah?? =)

meh ushar2 umah kami..hehehe

 ini tandas umah kami...luar dh la..dalam kang terkejut lak..

 ini ruang makan kami..siap ada meja makan lagi..maaf atas meja berselerak..

 ni bahagian pinggan mangkuk...masuk umah jer pinggan mangkuk dh tersedia...

 sinki dan dapur kami...kemaskan?? wink3~
ada tiga bilik dalam umah neh...bilik yang terbukak tu lah bilik aku..meja hujung tu meja study aku..


Sunday, April 1, 2012

umur aku dh meningkat

Tanggal 31 mac 2012, genaplah umo aku 22 thn...rasa mcm sekejap jer kan masa berlalu...rasa baru semalam aku smbut hari jadi aku yang ke 19 thun...tapi rupanya dah 22 tahun...huuu... bersyukur kehadrat illahi..aku masih dikurniakan nyawa hingga umur aku 22 tahun. Start umo aku 19 lah aku menyambut hari lahir aku bersama rakan2...kenangan yang tak dapat aku lupakan...

Part 1 di UiTM arau..31 Mac 2009, aku mendapat 'suprise' dari kawan2 aku...terharu gila time tu,tak pernah aku smbut hari jadi bersama rakan2 aku. Ini lah kali pertama. Terima Kasih kawan2.. =) Bila kenang balik rasa sedih gila,tak dapat nak ulang balik moment tersebut.. =(

tulis byk2 mau nangis aku kat depan laptop neh... (nmpk tak kesedihan aku?) kita layan lah gmbar2 kenangan neh.. sob3.. =(


2009
 kek pertama yang aku dapat...thanks kawan2! =)

 suap sidia...tak couple lagi pun dh main suap2 dh... =)

 diZaman kegemilangan wawa,sally dan sape tu?

 Nurul makan kek tak ingt org dh time tu... =)

 Part1 aku dh kena tempek kek dh...damn...


 org berbaju MU tu lah Mastermindnyer... =) thanks abg arep!

miss uols alot!!!!!!

2011

 ini kek kedua yang aku dapat

 ini ketua projek

 with my baby!



mereka lah yang sentiasa menyokong aku dari belakang..thanks semua! =)

Friday, March 16, 2012

Baju baru Liverpool FC


p/s: rembat gambar kat facebook.com/liverpoolfcmalaysia

First time di Kota Bharu (Entry tertunda)

Salam..sebenornye entry ni sepatutnya dari aritu lagi aku dh post..tapi terlupa..huhuhu..maaf lah yer.. =)
tak de pape pun nak diceritakan cuma nak berkongsi suka duka ke Kota Bharu..hehehe..

First time smpai kat Kota Bharu mase tu kul 4 pagi..terpinga-pinga kami kat pekan kota bharu tak tau nak pi mana. Nasib baik kami dah prepare nak sewa kereta. Dah dapat keta apa lagi...berjalan sakan kami dalam pekan KB kul 5 pagi (sunyi jer jalan time tu)

Matlamat kami nak cari umah sewa yang elok..Alhamdulillah, akhirnya jumpa jgk. Rumah kami terletak sebelah Balai Islam kawasan Lundang, 4 km dari kampus kami..Jauhkan? tapi tak pa..jnji serba serbi ada..mcm2 ada kat area ni..tak de masalah pape. Rumah pun ok, ada 3 bilik,sorang 2 bilik, ade tandas besor, peti ais 3 pintu (byk lak pintu)..

meh layan gambor2 yang sempat ditangkap ketika kami kat sana...

 kebuntuan mencari umah sewa

 tgh membelek senarai rumah..

 sedih dah budak neh...

 Asrill dah insaf bila berada di kota Bharu

 muka happy bila dh dapat umah.. =)



 McD ade kot kat KB...hahahah

Urut badan ah jap...

Sunday, March 11, 2012

terasa gila keperitannya...huhu

salam..lama lak aku tak tulis blog..ye la,kalut nak smbung belajar balik la katakan..sekrang ni aku dh bergelar student Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran (kewangan) atau dalam erti kata lain degree in Finance..

Errrkk..aku tak la pandai sgt tapi kenapa aku amik kos yang agak killer? Salah satunya aku nak cabar diri aku, aku akan try wat yang terbaik untuk degree kali neh. Aku taw bila lepasan Diploma in Investment Analysis ni bila smbung ke degree Finance byk plak dugaannya.. salah satu nya dulu aku tak melepasi tahap A+ ataupun sekurang2nya B dalam subject Fundamental of finance (FIN262), so bila degree aku terpaksa repeat paper FIN420 untuk mmbolehkan aku amik paper Corporate Finance... kawan2 aku yang lain semua lepas,cuma aku sorang jer..

Tak pe lah, maybe itu cabaran yang Allah beri kat aku untuk aku teruskan belajar dgn lebih tekun lagi. Aku akan cuba yang terbaik untuk grad 'On Time' .. ade lak aku dgr cerita yang kawan2 aku tak perlu pun wat Intersesi ataupun 'shortsem'. Aku kena buat jgk sebab aku tak amik lagi corporate finance dan satu lagi subjek...

Sabar je lah mamu, kau kena buat yang terbaik, sekarang kau tak leh ikut rentak org lain, org lain dh leh rileks kepala sebab tak yah fikir pasal intersesi..kau kena fikir...

Maybe aku terpaksa buat intersesi sorang2 kat Kota Bharu neh..org lain leh balik cuti time cuti sem..tapi aku tak leh..it's ok..u can do it! Ada hikmah disebalik apa yang berlaku mamu.. mungkin Allah nak uji kau, mulanya kau susah dulu..mana tahu senang di kemudian hari kan?

Harapan aku..aku harap aku leh dekan lagi sepanjang degree neh..dan jugak tak de paper yang sngkut atau erti kata lain 'failed'..Semoga doa ku termakbul, kepada rakan2 seperjuangan,jom sama2 berusaha! jom dekan ramai2! =)



p/s: motivasi diri =)