Friday, September 2, 2011

Motor Rosak mcm mane nak balik Arau??

huuuu...cedeyh..cedeyh..motor aku rosak lak time2 nak balik arau neh...huuu...bermula dgn Sporket...tau ke tak sporket tu apa??

selalunya kaum wanita la yang tak tahu apa itu sporket..gmbar atas ni la sporket..sporket neh sepatutnya kena tukar berkala..tapi bg motor aku yang hebat tu..dah dekat 3 tahun tak tukar2..hebat kan?? =p aku tukar sebab semalam aku bwk ade rase mcm berbunyi rantai tu..bermakna ada salah satu gigi sporket yang dh patah.. aku tukar sebentar tadi di kedai 'ah chai'..aku tak sempat nak tanya dia pakai sporket apa..tgok2 dah terpasang dah..harap2 sporket yang ok la..aku selalu guna sporket SSS...

dh siap pasang semua aku pun balik la nak basuh motor,tetiba aku terperasan kat tayar motor aku...apehal lak mcm pelik jer tayar motor neh??

rupenyer tayar motor aku dh bengkak! bawak pg kedai 'ah chai' balik..dia kata..'aiyaa..lu punya tayar sula belanak! (kamu punya tayar sudah beranak)' nak tak nak sebab nak jalan jauh punya pasal terpaksa la aku tukar jgk...(ringgit melayang lagi...)

Tapi tak pe...ini semua keselamatan...sporket kalau tak tukar dah aku bwk lelaju atas highway akan menyebabkan rantai terputus dan tersangkut,bayangkan kalau rantai tersangkut ketika kita tgh laju...mau tak melambung beb!! kalau tayar kembung lak..tayar ni dia bergesel atas jalan raya,bila ada geseran,haba akan terjadi(cewah fizik tau) bila udara dalam tayar mengembang disebabkan haba, dia akan meletup kalau terlampau panas...kalau aku tgh bawak motor laju atas highway dan tayar meletup! Innalillah dh aku...bayar mahal tak pe..janji selamat kawan2!!

kepada kwn2 yang bwk balik motor atau rider mcm aku..berhati-hati dijalanraya!!!

Monday, August 29, 2011

Salam Merdeka Raya!

Assalamualaikum..salam aidilfitri dan salam merdeka kepada semua pembaca blog aku. Buat pertama kalinya aku dapat berasa raya dan menyambut hari kemerdekaan serentak! jarang2 berlaku kan?? Yang aku ingt dulu kita pernah ada 'Kongsi Raya' bila Gong xi Fa cai bertembung dgn raya aidilfitri..dan jgk 'DeepaRaya' dimana raya Deepavali bertembung raya Aidilfitri.. =) Satu Malaysia kan??

Bila sebut pasal raya, ramai orang berkobar2 nak terus beribadah dan terus menunaikan segala suruhan-Nya...sebut pasal merdeka lak ramai org berkobar2 nak menunjukkan semangat kemerdekaan! agak bagus disitu! =) saye bangga jadi Anak Malaysia..Malaysia sudah 54 tahun bebas dari belenggu penjajahan. Kita patutnya bersyukur kerana kita bebas dh lama dah..tak macam negara2 terpinggir yang lain yang masih dijajah..



Bila tgok satu kenyataan akhbar dimana tertulis 'Mat Sabu Hina Pejuang' aku terasa mcm nak meluahkan pendapat aku..huuu..ini pendapat ikhlas dari aku je yer.. dalam artikel terbabit tertulis dimana beliau membuat satu ceramah di kawasan Tasek Gelugor (tempat aku lak tu) dgn mmberi satu kenyataan bahawa beliau menganggap pengganas Komunis yang telah membunuh anggota keselamatan dalam kejadian di Bukit Kepong sebagai Hero sebenar. Ramai yang komen bahawa beliau buta sejarah,bagi aku aku setuju.Mmg buta sejarah la kalau dia kata komunis sebenarnya yang menjadi hero dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Mungkin beliau telah lahir pada masa itu, dan aku lahir pada zaman setelah merdeka, tak kan dia tak tau mcm mana org dulu hidup dengan pengganas komunis?? ataupun hanya mainan politik?? politik2 jgk..tapi jgn lah smpai nak menjual nama negara! (geram sungguh aku) 

Aku tak nak la komen panjang2..jap lagi aku lak yang kena saman..heee...kenyataan diatas hanya lah pendapat ikhlas..jgn saman saya =)

Papepun saye nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54!



Thursday, August 25, 2011

Selamat hari Raya!!!

Assalamualaikum...lame gila tak update blog aku neh..dah berhabuk,bersawang dan berlumpur dah blog aku...maaf la,agak sibuk ckit kebelakangan nih..biasalah,final year diploma..hehehe..pajam celik pejam celik dah 25 ramadhan dah arini..alhamdulillah..sepanjang 25 ramadhan aku dapat sempurnakan puasa aku. korang sempurna tak?? harapan la kannn...semua same jer.. hahahahah

Aku baru smpai penang pukul 7 ptg semalam..dugaan sungguh bawak motor dari perlis ke penang dalam keadaan hujan yang agak lebat..dh hujan lebat aku bukan lagi slow,lagi laju adalah! meter motor aku mencecah hingga 130km/j time meredah hujan kat highway pendang kedah..bukan apa, minyak aku time tu dah nak 'empty' dh..hehehe alasan bodoh..

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua kawan2 sekolah rendah,sekolah menengah, dan jugak kawan2 di UiTM Arau..kalau aku ada buat salah dan silap sepanjang perkenalan kita harap diampunkan...semua orang pernah wat salah...kita tak sempurna kan?? =)

kepada keluarga, selamat hari raya jgk kepada bonda Normah Binti Morad, abg Amir Asyraf dan akak Amira Asilah..mintak maaf kalau ade terkasar bahasa, terlajak perlakuan...harap dimaafkan yer bonda..=) anakmu ini mmg nakal...masuk tahun ni dah 2 tahun aku beraya tanpa ayah..aku rindu ayah..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya..amin..

ok lah..ingtkan nak merepek pasal raya lagi..tapi ngntok la plak..nnt2 lah yer aku update lagi k! pape pun nak ucap lagi sekali selamat hari raya maaf zahir dan batin k!!! =)

p/s: kepada yang tersayang, selamat hari raya maaf zahir dan batin..kalau ade salah dan silap harap dimaafkan k..byk salah owg kat diye neh..terima kasih sebab sudi terima owg seadanya..thanks sebab jage owg! =) kirim salam mak dgn ayah noh.. =)


Sunday, August 14, 2011

Bila saya bosan ini la yang terjadi!!!

Salam readers!! heee..saje jer nak melalut kat cni...jam dah menunjukkan pukul 6.45 pagi...aku tak tido lepas bgun sahur tadi..terus terjaga sebab nak siapkan keje Project paper aku..huhu..malas ah nak tido..aku nak merapu sorang2 kat cni leh? aku tanya wat pe,blog aku,suka suki kaki kiri aku la kan? =)

just nak ckap PROTON JEBAT smart dowhh! hahaha..lelaki...tak minat kereta tak sah kan?? kih3...



itu jer nak kongsi..bubbye!

Sunday, July 17, 2011

Boikot,tak nak amik port,buat tak tahu = baik tak yah ade organisasi

Assalamualaikum..hi dearest reader! hehe..now aku dah already kat umah..tak de keje,game semua hilang dalam desktop aku,so aku mula la gatai tgn dan jari nak tulis blog..hehe..

Btw, skrng tgh cuti mid sem..seminggu kot..huhu.seminggu kejap jer..tak lama mana pun... bukak2 cuti jer aku trus ade dinner untuk organisasi untuk budak2 investment neh yang dinamakan Co-exias. Tapi sedih dan kecewa bila dgr ramai yang tak nak support dinner kali ni..nape? sebab sibuk? orang lain pun sibuk... malas? orang lain pun malas... ade jgk terdengar cerita yang dalam satu organisasi ade perangai nak boikot memboikot..Gapo diyo nate beghok? dey..kita dalam satu organisasi la..nape nak kena ada boikot memboikot? kita dah la tak berapa nak besar mcm kos lain.

Tuhan ni maha Adil...what goes around come around (MUET band 2) kalau kita pernah buat kat org mcm tu, tak mustahil org akan wat balik kat kita..so ingtlah, kalau persatuan ade wat pape aktiviti tu join la..kalau ade 100 lebih dalam satu part, 70 org datang pun dah kira ok dah..ini tak,ade 100 org lebih, yang datang cuma 12 org. Korang time blaja dah tunjuk perangai mcm neh..bila time keje nnt mcm mana la aku tak tau. (geleng kepala)

So, mcm kitaorang yang dah part6 Dip. in Investment Analysis ni dah lali dh dgn acara boikot memboikot neh...Junior kena la kerjasama satu sama lain..kalau tak masalah boikot ni pasti akan berlarutan smpai bila2..haiyaa..smpai bila maa..

dulu seingat aku la..time aku part1,time sportday hanya satu part yang boikot..part6,itu pun diaorang datang jugak cuma tak aktif sgt..kira ok la tu..nak jgk datang..sekarang bila tak suka trus semua boikot tak datang..ingat..semua part akan merasa handle dinner..time tu la korang akan rase bila penat lelah korang nak siapkan dinner yang gempak tapi tak de orang yang datang.

bukan nak ugut ke ape ke..cuma nak ingtkan..aku wat mase ni dari part1 smpai part 5 tak pernah lagi tak pegi dinner. Bila kita support org,org akan support kita..serius! jgn marah naa..sekadar teguran..kalau ada salah sila komen entry ni k! bubbye! salam..adios amigos!

Wednesday, July 13, 2011

Project Paper+Test+Trip+study tunggang langgang= tension sial!

Part6 bukan masa dan ketika budak2 investment nak enjoy..serius aku cakap,tak de mase kot. Time orang lain tgh cuti,korang kena mengadap laptop wat project paper,orang lain duduk bilik rileks2,korang tunggang terbalik study+wat project paper..

tapi kalau btol ape yang dikatakan ketua program bahawa budak2 invest neh susah time diploma,time degree dah senang dah..Alhamdulillah la kalau macam tu! Tapi kalau tak susah bukan study namanya tu..ada usaha..rajin..leh la jadi pandai mamu oi..

Berkenaan kelas repeat aku lak, aku dah skip lebih kurang 3 kali dah beb. Dah la skrang blajar FIN320 tak same mcm dulu..Lain lecturer lain cara..aku kena pahamkan dua2 cara..korang tak tahu kan? Bior aku sorang jer tahu noh.. Aku nak lulus dgn cemerlang paper neh..tak nak sekadar lulus C+! baik tak payah repeat.

Isu Trip, aku mulanya tak kisah pun..tapi bila fikirkan balik btol jgk cakap ketua program, byk masa dah digunakan untuk pegi trip. Bila aku wat keputusan tak nak join,ramai plak yang tak setuju..katanya ini trip terakhir untuk sem akhir..yes, i know..tapi aku kena jgk fikir diri aku jgk kan? Tapi bila aku fikir pasal korang dah wat kerja, call sana call sini, kalau benda tak jadi,jadi mcm tak best jgk..aku paham situasi tu.. sapa nak wat keje half way kan? its ok lah..aku join lah trip kali kedua ni dgn hati yang ikhlas..harap trip kali ni ade la jgk sikit sebanyak ilmu aku dapat. Kalau just fikir enjoy jer nak pegi trip neh baik tak payah..penat badan beb,keje byk lagi tak siap..hope ade something yang bernilai leh aku dapat dalam trip kali ni. Insyaallah..Enjoy time trip tu boleh..aku pun nak release tension gak..tapi jgn lah 95% Enjoy,5% kerja...tak jalan project beb.

tak larat nak tulis dah..nak rehat jap sebelum aku jawab test FIN320 pagi ni...aku nak jgk grad on time macam orang lain. Doakan aku..amin.

p/s: aku pegi trip kali kedua ni

Tuesday, July 12, 2011

Baru ko tahu!

Haaa...itu lah..sebelum ni ko buat ape pun orang lain diam jer..dah kene kat ko balik baru ko nak mengelabah biawak lak kan? sebelum2 ni ade ke ko kisah pasal orang lain? ko buat kat orang boleh,orang buat kat ko mula la nak naik hangin?? Gapo Diyo nate Beghok?

haaa..nape tetiba mengamuk ni mamu?? haha..saje acah jer tu...tak de keje pepagi buta tak leh tido..huhu..mula la nak merapu merepek meraban..hehehe

tak de pape pun sebenarnya..ni drama dalam TV3 aku tgok hari tu..cuma nak bagi pendapat ckit la...sebelum nak marah orang lain tu,fikir la dulu..jgn marah secara mem"babi" buta jer..nnt orang lain cakap balik kat kita..

contoh mcm org akan kata 'alah,dia pun wat kat aku dulu,aku diam jer,sekarang kene kat dia tau plak nak bising' lebih kurang mcm tu la kan..

malas merepek byk2,nak tido..bye!

-renung-renungkan dan selamat beramal... =)