Thursday, June 30, 2011

You are Annoying!

Annoy...gapo diyo tu? dulu aku tak paham apekebenda annoying neh..baru aku taw dalam 3 tahun lepas annoying bermaksud 'mengjengkelkan' ye ke eja dia mcm tu? aku tgok la kan orang2 zaman sekarang neh (suke sgt cerita pasal org,diri ko sendiri pun tak btul mamu oi)  selalu tgok orang lain gedik2, sdangkan diri mereka pun gedik. tak guna la cakap kat orang kalau diri sendiri pun gediks! (patut tukar tajuk 'GEDIK')

Aku search la jgk dalam internet yang serba canggih ni kan,aku cari apa maksud gedik tu..mmg sah2 la tak de maksud dalam kamus dewan,tapi menurut pemahaman aku, gedik ni adalah satu gerak tubuh bukan bahasa tubuh yang apabila orang lihat orang akan berbulu lebat gila sebab tak suka tgok tetapi orang yang melakukan ke'gedik'an tu tidak akan rasa diri beliau gedik dan merasakan itu adalah 'human behaviour' (gapo diyo nate beghok?)

aku pun tak paham kenapa masih ada perangai mcm neh..ingtkan umo dah besau leh fikir mcm orang besau (org besar sekarang pun fikir bukan2) benda ni tak ter'tuju' kearah kaum wanita jer yer..lelaki pun ada yang gedik (aku gedik ker??) aku gedik tulis blog jer..hahahaha..that all! bubbye!

Wednesday, June 29, 2011

Hantu durian!!!

salam readers! hehehe..saje jer nak post...bosan nak tunggu perlawanan malaysia vs taiwan malam neh untuk penentuan kelayakan Piala Dunia neh,aku ringan2 kan jari aku neh nak manaip tentang apa yang aku makan bila smpai jer rumah pagi tadi..hehehe..semestinya durian!!! perrgghhh.sedap plak durian siam neh..8 ulas jgk lah aku hentam tadi..hehehe...

k lah papai..nak cakap itu jer..hehehe

Tuesday, June 21, 2011

Pelik tapi benar

Ada something yang aku nak kongsi dgn readers2 blog...sebenarnya byk benda yang nak dikongsi tapi tak pe lah..ckit2 dulu noh... nak bercerita ckit tentang manusia ni..manusia yang kadang2 dpn mata lain,blakang mata lain (apa aku ckap neh). Maksud aku manusia yang depan kata lain,blakang kita kata lain...dan byk juga yang bercerita dan dalam paper pun byk yang cakap lelaki lebih byk 'CURANG' daripada wanita, ye ke?? aku agak tidak bersetuju dgn statement tersebut..sebab apa? meh nk cer ckit.

Aku agak kemusykilan la bila lelaki mempunyai kawan perempuan dikatanya curang dgn jayanya..biasa lah lelaki mmg kalau bab simbol curang neh kat atas kepala mmg dah ada cop dh kot? itu persepsi orang kan? kalau yang wanitanya pula mmpunyai ramai kawan lelaki dianggap 'biasa lah,salah ke nak ada byk kawan lelaki?' kenapa perempuan yang mmpunyai ramai kawan lelaki tidak dicop sebagai 'CURANG' sedangkan lelaki senang2 diaorang cop sebagai curang??

bagi aku lah kan,media sekarang nmpak yang lelaki lebih jahat daripada wanita,btul x? dalam filem pun yang gangster semua tu lelaki sebabnya lelaki nmpak lebih garang,kuat..pompuan nmpak lebih lembut,sopan...orang dulu maybe leh cakap lelaki gagah,pompuan lemah lembut,tak berdaya...sekarang tak beb...perempuan sekrang lebih berakal daripada lelaki...setuju?

situasi dulu         : si lelaki           : jom kuar nak?
                           si perempuan  : tak nak lah,nnt teman lelaki i marah..i setia dgn teman lelaki i
                

situasi sekarang   : si perempuan  : jom kuar nak?
                            si lelaki           : Biar betik? BF u tak marah ke?
                            si perempuan   : Bf i sporting..dia tak marah punya..=) dia sosial..nak tak?
                            si lelaki            : i tak kisah
                            si perempuan   : i bosan sebenarnya...
                            si lelaki            : bosan nape tak kuar dgn Bf u?
                           si perempuan   : sekali sekala nak kuar dgn mmber tak salah kan?
                                                    (tapi kalau Bf i kuar dgn kawan pompuan diye i mengamuk la!)
                            si lelaki            : ok,i ikut u je.

ada nmpak perbezaan ?? kalau tak nmpak tak tau lah nk cakap mcm mana..huhu..kadang2 ada yang rasakan kejujuran tu satu perkara yang baik,benda yang bagus..i dont think so untuk situasi sekarang...kadang2 kejujuran tu yang wat hati sakit beb. Menipu pun sakit,jujur pun sakit.So? mcm mana nak handle masalah ni? aku pun tak tau sebenarnya..korang ada akal korang pikiaq la sendiri..(kata nabil)

kesimpulannya kaum wanita jgn mudah menggunakan kelembutan,kesopanan dan kejujuran untuk menutup kesalahan anda.Jangan mudah nak menunding jari kearah kaum lelaki jer,fikir dulu sebelum menuduh kaum lelaki.Kadang2 anda sendiri pernah melakukan benda yang sama,kesalahan yang sama cuma anda jer yang tak sedar.Sebelum tuduh tu fikir2 la 'aku pernah ke wat mcm mana dia buat kat aku?' saye rase ramai lelaki akan bersetuju kalau saye katakan yang lelaki lebih penyabar daripada wanita.  Mmg dalam dunia neh tak de yang sempurna,tapi tak mustahil kita leh jadi sempurna.Cukup la hanya sempurna dimata orang2 yang tersayang.

p/s: sekadar nak kongsi perasaan,tak de maksud nak menyinggung mana2 pihak..maaf kalau ada yang terasa terutama kaum Hawa..saya meminta maaf secara terbuka..terima kasih. =)

Tuesday, May 24, 2011

Permainan yang aku main ketika aku kecil dulu...

hi readers! today aku nak cerita ckit pasal permainan kanak2 neh..kalau dulu zaman2 tok2 kita dulu byk permainan tradisional seperti konda-kondi (tau tak main apa neh?) galah panjang,teng teng dan byk lagi... Zaman kita dalam zaman 1990-an byk permainan yang canggih2 dah kuar seperti Digimon,Kung Fu Fighter, Tamagochi,Cyber Pet dan mcm2 lagi lah. Budak2 sekarang apatah lagi..keje main PSP,PS3,XBox jer..smpai tak de perkembangan langsung! (Nada Marah) Aku dulu pun nasib baik la aku duduk kampung dgn tok aku,kalau tak aku pun tak tau apa tu permainan tradisional. Dulu nak beli bnda2 jadah mcm Digimon semua tu tak de duit,nak mintak kat parent suruh beli takut sebab mak aku ckap mcm neh 'Akmal! dapat no 1 baru leh dapat Digimon!' mmg tak dak harapan la..dapat no tercorot ja..=)






Suasana kampung lain beb! dia bermusim,kalau musim orang main permainan ni,semua main! Dulu aku tak taw main guli,aku tgok jer orang main..smbil tgok tu aku belajar..bila dah rasa konfiden aku gi beli sepuluh biji guli dan main...peerrgghhh..ini champion la,beli sepuluh,bawak balik satu tin besar Milo guli aku kumpul..hahahaha..




Mai plak musim main gasing,aku pun nak main jgk..mana leh tgok org main ja..org main gasing tak kan aku sorang2 nak main guli. aku beli satu gasing,nak baling tak reti,aku tgok orang baling dan aku belajar kat umah.Dannn...aku dh ckap..champion..aku pandai baling beb! serius tak tipu punya... =) (bangga jap)






Beralih lak musim berangin plak..time musim berangin org akan main layang2 beb! aku dgn mmber aku akan pegi curi penyapu lidi dan kertas surat khabar,kami buat layang2 sorang satu pastu cuba naikkan layang2 yang aku wat! Dalam byk2 hanya dua kali kalau tak silap layang2 aku lama terbang diudara..caya lah!






Lagi satu,permainan jugak kadang2 dipengaruhi oleh media massa,sebagai contoh sekarang tgh Piala Thomas,hah! ramai la budak2 akan main badminton termasuk la aku..hahaha..bila time piala dunia lak,main apa lagi..bola la! =)


p/s: Rindu zaman kanak2..time tu tak fikir byk..fikir main jer..huhuhu

Monday, May 23, 2011

Reunion Form6 2011 Gempak!!!

Salam....hye dearest reader! pada 21 Mei 2011 yang lepas, rakan2 form6 aku telah buat satu Reunion keliling Pulau Pinang. Walaupun hanya 8 orang jer yang ikut,tapi sangat HAPPENING! mcm 300 orang yang pegi! First aku amik member aku syafiq,pastu amik si zalika,and then amik Fatihah..yang sorang lagi aku kena pi amik kat area sebrang jaya iaitu Cassandra. Setelah semua telah dipungut,kami terus ke Butterworth untuk mengambil kawan kami Amirul yang sanggup datang dari Alor Star demi Reunion ini.Nampak tak, kami sangat2 menjaga hubungan persahabatan kami! =) Tapi sedih jgk ade yang nak pegi tapi tak dapat pegi mcm Fieda dan Kiera..tak pe ye..nnt kita wat lagi..korang mesti join k! 

First tempat kitaorang pegi adalah Botanical Garden atau pun Taman Botani kat Kebun Bunga,Penang. Biar gambar berbicara...

ni time ondaway ke Botanical garden..nek ferry


ni la Amirul

dari kiri : zalika,Izzati,Laxmie,dan Cassandra



beliau adalah peminat camera!


time sampai di botanical garden..semua mcm kena histeria sebab nk tangkap gmbar..hahaha










Kemudian kami mengambil keputusan untuk ke Taman Negara Pulau Pinang di sebelah teluk Bahang..byk jgk gmbar yang diambil kat cni..


tgh tunggu nk nek bot...



nmpak mcm professional kan?


time nek bot...


ceewwaahh!!


seronok jumpa air...


hayunan keemasan!


ika bagi instruction kepada amirul dan syafiq sebelum membuat hayunan


yang tiga neh hayun kat cni jer.. =)


ami selepas berlawan dgn ombak selat melaka..=)


gaya seorang penerjun bebas






pasangan bercinta ke?? Eerrkk


laju...laju..buaiku laju...







amirul membaca doa sebelum mmbuat hayunan,syafiq meng'amin'kan dibawah



dan..... =) 



aku tak dapat lupakan pengalaman ni. Alhamdulillah,aku dapat member yang menitikberatkan soal persahabatan dan tak mau lupa pada rakan2 yang lama,itu aku sokong sangat2! Terima kasih kepada Cassandra sebagai Pengarah Projek,nnt buat lagi naa...dan yang lain2 seperti Amirul yang snggup turun padang dari Alor star ke penang semata-mata untuk berjumpa dgn kwan2,zatty,zalika,Fatihah, laxmie dan syafiq yang sudi join! Insyaallah kalau ada masa kita berjumpa lagi..wat event lagi nnt taw! Luv u All! =)


Monday, May 16, 2011

Jangan Mudah Terpedaya!

Assalamualaikum..hari ni nak kabor pasal panggilan yang tak patut kita angkat atau jawab.Pernah dengar kan panggilan pasal menang peraduan? menang ribu2 lah ape lah..pukul 9 pagi tadi aku menerima panggilan daripada nombor yang tak dikenali (private number)..aku sangka kan nombor dari bank Rakyat sebab aritu dia kata ada nak kol bgtau kad aku dah active atau belum,aku pun angkat la

Aku: Hello...

X    : Hello, kami dari celcom center,nak tanya tuan betul ke ini no tuan 013-5960***?

Aku: Ya,itu no saya, kenapa?

X    : Kami nak bgtau yang tuan memenangi peraduan celcom Satu Malaysia berupa hadiah bernilai RM5000

Aku: oh,ye ke..

X    : Tuan tak perlu bagi no akaun dan no pin sebab itu adalah privasi tuan,tuan cuma perlu ke mesin ATM shj, tuan guna bank apa?

Aku: Saye guna maybank.

X    : Maybank? Malayan Banking ya? ada guna kad?

Aku: ada..

X    : Sekarang mcm ni ya tuan,kami nak bagi hadiah ni terus sekrang,boleh tak tuan pegi ke ATM berdekatan  sekarang?

Aku: saya baru bgun tido neh...awak kol saya pkul 12 tgh hari kang leh?

X    : Hmm..ok lah nnt pukul 12 awk miskol kat no saya 017-486***...boleh tuan ulang balik no yang saya
        bagi?

Aku : 017-...ape ntah.

X     : Tuan tak tulis no yang saya bagi tadi?

Aku: Tak.

X    : Tuan nak ke tak hadiah neh? (suara makin tinggi)

Aku: Mcm ni je lah,awk bagi je lah hadiah tu kat orang lain,saya tak mau.

X    : Lancau! (terus letak)


Mcm tu ke celcom center? sebenarnya aku dah pernah kena dah,dan aku dah tau tu sindiket penipuan,aku dulu pun dia kata aku menang RM 100,000 hadiah petronas bagi,aku kol dia suruh pi ATM jgk.aku tak pi..sapa pi mmg bodoh lah..mmg dia tak amik no pin dgn no akaun,tapi kalau kita dah pi ke mesin ATM dan masuk kan kad kita bukan kah dia dh leh detect no akaun kita? hmmm..mcm2 cara orang nak tipu untuk duit kan?






p/s: berwaspada dgn panggilan no private dan dengar betul2 cara dia cakap  sebab ada bunyi macam indonesia ckit ..