Friday, March 16, 2012

First time di Kota Bharu (Entry tertunda)

Salam..sebenornye entry ni sepatutnya dari aritu lagi aku dh post..tapi terlupa..huhuhu..maaf lah yer.. =)
tak de pape pun nak diceritakan cuma nak berkongsi suka duka ke Kota Bharu..hehehe..

First time smpai kat Kota Bharu mase tu kul 4 pagi..terpinga-pinga kami kat pekan kota bharu tak tau nak pi mana. Nasib baik kami dah prepare nak sewa kereta. Dah dapat keta apa lagi...berjalan sakan kami dalam pekan KB kul 5 pagi (sunyi jer jalan time tu)

Matlamat kami nak cari umah sewa yang elok..Alhamdulillah, akhirnya jumpa jgk. Rumah kami terletak sebelah Balai Islam kawasan Lundang, 4 km dari kampus kami..Jauhkan? tapi tak pa..jnji serba serbi ada..mcm2 ada kat area ni..tak de masalah pape. Rumah pun ok, ada 3 bilik,sorang 2 bilik, ade tandas besor, peti ais 3 pintu (byk lak pintu)..

meh layan gambor2 yang sempat ditangkap ketika kami kat sana...

 kebuntuan mencari umah sewa

 tgh membelek senarai rumah..

 sedih dah budak neh...

 Asrill dah insaf bila berada di kota Bharu

 muka happy bila dh dapat umah.. =)



 McD ade kot kat KB...hahahah

Urut badan ah jap...

Sunday, March 11, 2012

terasa gila keperitannya...huhu

salam..lama lak aku tak tulis blog..ye la,kalut nak smbung belajar balik la katakan..sekrang ni aku dh bergelar student Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran (kewangan) atau dalam erti kata lain degree in Finance..

Errrkk..aku tak la pandai sgt tapi kenapa aku amik kos yang agak killer? Salah satunya aku nak cabar diri aku, aku akan try wat yang terbaik untuk degree kali neh. Aku taw bila lepasan Diploma in Investment Analysis ni bila smbung ke degree Finance byk plak dugaannya.. salah satu nya dulu aku tak melepasi tahap A+ ataupun sekurang2nya B dalam subject Fundamental of finance (FIN262), so bila degree aku terpaksa repeat paper FIN420 untuk mmbolehkan aku amik paper Corporate Finance... kawan2 aku yang lain semua lepas,cuma aku sorang jer..

Tak pe lah, maybe itu cabaran yang Allah beri kat aku untuk aku teruskan belajar dgn lebih tekun lagi. Aku akan cuba yang terbaik untuk grad 'On Time' .. ade lak aku dgr cerita yang kawan2 aku tak perlu pun wat Intersesi ataupun 'shortsem'. Aku kena buat jgk sebab aku tak amik lagi corporate finance dan satu lagi subjek...

Sabar je lah mamu, kau kena buat yang terbaik, sekarang kau tak leh ikut rentak org lain, org lain dh leh rileks kepala sebab tak yah fikir pasal intersesi..kau kena fikir...

Maybe aku terpaksa buat intersesi sorang2 kat Kota Bharu neh..org lain leh balik cuti time cuti sem..tapi aku tak leh..it's ok..u can do it! Ada hikmah disebalik apa yang berlaku mamu.. mungkin Allah nak uji kau, mulanya kau susah dulu..mana tahu senang di kemudian hari kan?

Harapan aku..aku harap aku leh dekan lagi sepanjang degree neh..dan jugak tak de paper yang sngkut atau erti kata lain 'failed'..Semoga doa ku termakbul, kepada rakan2 seperjuangan,jom sama2 berusaha! jom dekan ramai2! =)



p/s: motivasi diri =)

Thursday, February 23, 2012

Rumah Sewa oh Rumah sewa

hadui...masalah tak selesai-selesai lagi..huhuhu...segala persiapan untuk ke KB 80% dah settle... harap tak de la pape dokumen yang penting aku tinggal nnt. Dulu kalau tinggal hujung minggu leh pi amik...sekarang kalau tinggal kirim salam jer lah....

Umah sewa pun tak tercari lagi..hmmm...ni lah dugaan dok jejajuh neh..kalau org jauh disediakan hostel aku leh trima lagi..ini tak...huhu..tak pe lah..ada hikmah..ade hikmah... dont worry.

Monday, February 20, 2012

aku cabar kau KELANTAN!!






awat? apa yang dah jadi?? hujan tak dak,ribut tak dak tetiba nak cabar kelantan kenapa?? adakah aku dh masuk dalam bidang politik untuk memenangi kerusi dewan undangan negeri kelantan??

Tak dak kena mengena pun dgn  politik ni semua. Cuma lepas ni aku akan menjadi warga kelantan selama 2 tahun setengah =) Hati berat je nak pegi pada mulanya, tapi dah boleh terima sikit2..ye la mau tak berat, dalam fikiran ingt leh dapat arau atau ditendang ke merbok, sungai petani...rupanya lebih jauh iaitu Kota Bharu. Berpeluh dahi bila dapat taw kena smbung belajar kat kota bharu.

Ada yang ckap 'alah,kau dah besar la..dapat jauh ckit kau dah merungut' aku bkn fikir mcm mana aku nak hidup kat sana. Macam la aku tak pernah merantau jejauh *tapi ni paling jauh..aku cuma fikir aku menyusahkan family aku. Family risau mcm mana aku dok jauh neh. Mmg la kalau anak laki nak risau ape, tapi naluri sorang ibu ko duduk dekat pun dia risau ini kan plak jauh. Lantak lah hgpa nak kata aku 'anak mak' ke ape ke.. dalam dunia ni aku ada dia sorang je sekarang. Aku sebagai anak lelaki belajaq jauh mana pun aku tetap kena ada tanggungjawab kat mak aku. *emosi ckit

Tapi tak pa,aku fikir positif, mungkin rezeki aku murah kan kelantan. Mana taw mungkin aku leh dekan selalu kat KB kn? mungkin aku focus lebih bila fikirkan family aku susah hantar aku belajar jejauh. Dulu dapat dekat aku memain..tak rase family tu susah antar aku belajar. sekarang dapat jauh baru kau nak sedar ke Akmal Asyraf? Biasa la tu..semua org sama ja... *rasa aku la.


Bukak buku baru sekarang, belajo sungguh2..buat family kau bangga dgn ko akmal, kalau kau dah susahkan diaorang,dgn ni saja cara nak membalas jasa family ko. Mak mana yang tak suka tgok anak dia berjaya kan?

meh layan serba ckit permandangan dan bangunan2 yang penting kat KB neh...

 ini lah kampus yang bakal aku belajar selama 2 tahun

 bangunan Shopping Complex



aku cuba beri ckit info tentang perjalanan dari kampus kota bharu ke tempat2 yang akan selalu kita lalui...

ni peta dari kampus ke stesyen bas..ini stesyen bas untuk pegi memana shj kot, Ekspress bkn kat cni..

ni dari stesyen bas Ekspress ke kampus kota bharu..sejam perjalanan?? Eerkkk

ni peta nk gi airport..baik balik naik flight dari naik bas mcm neh..airport dekat daripada station bas. (AirAsia =) )

bagi yang nak pos motor atau basikal..skynett tak jauh dari kampus =)

ni lak Nationwide..jauh ckit dari skynett..tapi still ok la..dalam kawasan.. =)

aku cari map maybank paling dekat bukan apa..senang urusan aku nak amik duit yang di 'bank in' oleh mak aku untuk aku.

ni map dari Butterworth-Kota bharu...mmg station bas ekspress kat machang je kot... =( agak jauh untuk naik teksi ke Kota Bharu...

Monday, January 30, 2012

Si Putih suci menjadi BumbleBee

Ini lah hasil dari tangan aku sendiri! walaupun tak la elok mana pun..aku tak pandai sgt bab2 spray2 neh...tapi untuk first timer ok la tu..hehehehee...

 aku bogelkan 'beliau'


 Putih kini hanya tinggal kenangan...

 setelah siap spray2..hehehe





yeaahhhh!! keje ni la yang aku buat time masa yang byk bila time cuti..hehehehee

Tatu salib dianggap jenaka?

Salam..lama benor aku tak merajinkan jari jemari aku nak menulis blog neh..tetiba arini terasa mcm nak menulis selepas aku 'TER' baca komen di MukaBuku yang agak hangat. Ramai yang mencemuh dan ramai jgk yang menyokong. Cerita dia simple jer, seorang hamba Allah yang beragama ISLAM telah pun meng'upload' gambar diri beliau. Upload gambar tak kisah sgt,tapi yang kisahnya gambar yang diupload tu ada tanda salib dipaha dan dibelakangnya (ye la kot). Dan Hamba Allah yang bergelar wanita ini dgn bangganya menunjukkan tatu tersebut dikhalayak ramai. Tembok Palestin tol minah neh punya muka,sikit sekelumit pun tak rasa malu. Ramai yang mengutuk dan membidas tindakan wanita ini. Dan beliau boleh membidas balik kata2 org yang memberi teguran tu. Hebat wanita ini. tgok ckit ape yang diperdebatkan.


Beliau dgn rasa bangga nya memberitahu yang dia ada tatu. Ish3..beranikan?? Dan apabila ada yang mengutuk tindakan beliau,ini jawapanya..



Art??? mane la dia ni belajo tanda salib tu art..byk lagi bnda lain yang boleh di 'Art' kan..kenapa mesti salib?? Selepas bertubi2 kena kutuk dan nasihat, akhirnya beliau dah tak tahan apabila ada yang tulis kat situ 'kesian mak bapak dia neh'


Beliau menggunakan alasan MUDA LAGI untuk bertatu??? dah tua nak buang mcm mana?? ada yang menyokong dan berkata 'jangan la kecoh,itu marker je..boh air 2 3 minit hilang'. Cik penyokong, tak salah menyokong sebab bnda tu tak kekal tapi gambar yang dilukis tu tak elok. Pssstt..cik penyokong pun ada satu kot kan bontot? sape tahu kn?? Allah je yang tahu. =)

Tetiba salah satu hamba Allah ni memberikan beberapa pandangan apabila ada yang menyokong perbuatan wanita tadi. Mereka berbalah dgn pendapat masing2.

Dengan selamba En penyokong ckap 'ada org yang brtatoo lagi teruk dr ni tp kewajipan sbgai umat islam dia tunaikan dgn ckup' Pelik..kau dah bertatu satu bdn and then kau pegi sembahyang kat masjid, kalau malu sembahyang kat umah (ari jumaat tak pegi ke??)  Allah dah larang jangan bertatu,barang siapa yang ingkar perintahnya maka amalannya tak diterima. Ini dah tertulis,bkn aku main sebut jer neh. Kau tunggang terbalik sembahyang tapi tatu penuh bdn. terima atau tak terima amalanya hanya Allah yang tahu.



aku maleh nak komen kat gmbar wanita tersebut, bkn takut tapi tak guna nasihat org mcm tu..sebab tu la org melayu smpai sekarang tak bersatu, org melayu cukup tak suka kalau jaga tepi kain org neh..tapi kalau bab2 agama, jaga tepi kain org tu harus. Kalau semua buat bodo jer..hancur la.

Pendapat aku la kan,wanita tersebut hanya nk cari publisiti murahan jer. Ye la..muka cantik..bdn cantik..tapi sayang,otak tak berapa nak cantik. Amik Diploma Tuuuut tapi tak boleh nak berfikir lagi. Aku salute kepada sesiapa yang menegur wanita tersebut. Mereka mmg berani. Yang menyokong jgk tahniah kerana anda berjaya menegakkan keadilan mengikut pandangan anda.

kata-kata terakhir, biarlah tak berapa nak cukup iman,tak berapa perfect dalam bab agama,tak berapa selesa nak pakai ketayap atau serban, tapi sekurang-kurangnnya sedikit ilmu agama yang ada dapat meneguhkan lagi syiar agama islam. Salam...~~

p/s: kepada yang beragama kristian atau lain2 agama yang membaca blog saya,saya bukan seorang yang anti kepada agama lain. Bukan begitu maksud saya. Setiap agama ada larangan dan pantangnya. Jika ada yang tersinggung saya mintak maaf dan boleh terus komen kepada saya, saya menerima kritikan anda. (kalau ada yang tak puas hati la..) =)