Sunday, May 15, 2011

Selamat hari guru!

Assalamualaikum dearest reader..arini 16 haribulan mei adalah hari dimana kita menghargai pengorbanan seorang guru. Alhamdulillah,aku sgt2 lah bersyukur dan rase pengorbanan seorang guru itu tidak terhingga. Arwah ayah ku juga seorang guru. Ini bermakna guru ni mmg dekat dihati aku.. Guru adalah seorang insan yang mengajar,mendidik dan membimbing para pelajar untuk menjadi manusia yang berguna.Nampak tak? jasa seorang guru tu tak ternilai beb! Mcm budak2 sekarang ni aku tgok dgn cikgu pun boleh ajak bertumbuk. Hei! mane korang punya pendidikan sivik? Murid yang lahir tahun 1991 dan keatas belajar mata pelajaran Pendidikan Sivik,tapi sivik mcm haram..Mcm kita2 ni kot la,time kita mana ada lagi pendidikan sivik kan? =)

Antara guru2 yang aku ingt mngajar aku suatu ketika dulu adalah dimulakan dgn guru tadika aku dulu.Aku ingat lagi cikgu Aminah. Dia orang yang lembut,tapi tegas! budak2 takut dgn dia,tapi boleh dikatakan rapat la dgn dia sebab bila time pegi tadika,pukul 9 jer dia akan panggil aku, 'akmal jom ikut cikgu pi beli nasi lemak sat' aku pun tak paham dulu kenapa dia suruh aku pi beli nasi lemak kat kedai depan tu.Sedangkan dia boleh pi sendiri..maybe dia ada alasan yang tersendiri =) maklumlah,yang si penjual tu lelaki..

Time aku sekolah rendah lak,cikgu yang aku kenal dan aku ingt adalah cikgu Yusof,ini cikgu champion punya! hahaha..beliau seorang yang boleh dibawak bergurau,seorang yang tegas,seorang yang berdedikasi..beliau mmg seorang guru yang cemerlang! ramai pelajar yang senang dgn cikgu Yusof ni.Tak lupa jgk cikgu Bakhtiar atau cikgu Bad.Aku ingat lagi moment dimana aku tercakap benda yang tak sepatutnya depan beliau..hahahah..cerita bermula mcm ni,aku ditugaskan untuk memanggil amirul(member aku) dikelas yang lain.Aku pegi la dan smpai dikelas tersebut Cikgu Bad dalam kelas tgh mengajar matematik. aku ketuk pintu tok! tok! tok! 'Assalamualaikum cikgu,saye nak jumpe amirul boleh?' cikgu bad jwb 'hah? nak jumpa amira?? Amira ni dia nak jumpa kamu..'(dgn niat untuk menyakat aku) aku dgn tetiba terkeluar dari mulut aku 'amira kepala hotak hang!'..cikgu bad dgr! 'hang kata apa tadi?' dia pegang pembaris panjang kaler kuning tu depan aku...nasib baik tak kena tibai..hehehe..pengalaman tu tak dapat aku lupa beb! cikgu2 lain seperti cikgu Azmi yang ajar muzik,cikgu Rashidah yang ajar sains,cikgu Hanita ajar sains jgk,dan2! aku ingat lagi cikgu Naomi! hahaha..cikgu ni Ya Allah kalau berletiaq sampai besok pun tak abeh! dia ajar aku Matematik time darjah tiga,dia tgh mengajar math dia tanya soklan tentang bahagi,orang lain jawab betul,aku jawab kuat2 jgk tapi salah dia kata ' sape yang sebut seratus dua puluh tadi? aku picit tete* kang baru taw!' hahahahaha...indahnya pengalaman dahulu kan bila teringat..

Bila dah sekolah menengah lain plak hal yang aku buat dgn cikgu2 aku..hehehe..rilex la..time ni mmg nakal ckit..hehehe..bila kau masuk sekolah menengah,aku dikenali semua cikgu sebab arwah ayah aku penolong kanan sekolah tu.Aku agak tension la jgk sebab aku tak leh wat salah ckit,wat salah jer nnt mesti ada report yang dihantar terus ke arwah ayah aku..haish...tak senang taw!..cikgu yang ajar aku EST dulu,Sir Ng Kooi lim,haish..aku wat salah ckit jer 'I will tell your father"...adeh...rimas! tapi disebabkan dia jgk lah EST aku B..hehehe..byk cikgu kat sekklah menengah yang aku rapat..ye la,kita mcm dah besar ckit kan,tu yang leh rapat tu...heee



p/s: Guru ibarat lilin yang membakar diri....

Wednesday, May 11, 2011

Fast And Furious 5 GEMPAK!!!

Hi,saje jer nak post,nak citer pasal cerita yang aku tgok kat wayang semalam,maybe aku lambat tgok cerita nih,tapi aku nak post jgk because cite ni gempak beb!! tak sia-sia kuar duit RM6! hahaha


jalan cerita agak best,tak byk bercakap,aksi lebih! itu yang kita nak..kalau nak byk bercakap baik buat cerita cinta kan?? =) Pelakon dia pun pelakon2 yang terdahulu..kalau sesiapa yang pernah tgok fast and furious,2 fast 2 furious,Fast and furious: tokyo Drift ,dan the fast and furious 4 mesti kenal pelakon2 yang lain yang pernah ada dalam citer yang dulu2 tu..macam:

 ramai lagi lah!! papepun cite ni mmg best!! wee~~

Monday, May 9, 2011

Dan...Liverpool menang lagi!!!

hahaha...liverpool menewaskan Fulham 5-2 pada saingan pagi tadi!! congratz to liverpool!!

senarai penjaring gol:

maxi Rodriguez,3 gol
Dirk kuyt,1 gol

Luis Suarez,1 gol

p/s: tahniah liverpool! sekarang liverpool menduduki tangga ke-5 liga! =)

Aktiviti time cuti sem









Sunday, May 8, 2011

my Porsche!!


klasifikasi: 
Model : Kancil 1997
Transaksi: Manual 4-gear
Kelajuan : 90-101km/j
Ciri-ciri Tambahan: Body Kit Daihatsu Mira,Rim 14
Harga atas jalan: RM 10,000++
Enjin : Standard

Friday, May 6, 2011

Anda Ibu yang terbaik!

Assalamualaikum! hee..rajinkan aku post time cuti neh? besa la..bosan tak tau wat pe..hee..arini aku nak cite pasal seorang wanita yang bernama Normah Murad iaitu ibuku. Sempena Hari Ibu yang baru je berlalu berapa hari bulan ntah...saje je nak kongsi pengalaman aku bersama orang yang paling aku sayang dalam dunia iaitu ibuku.. =)

Dimulakan dengan nama beliau Normah Binti Murad,lahir pada 18 Ogos 1960 (sekarang berumur 51 tahun),menerima pendidikan awal di Singapura (tak pasti nama sekolah) dan kembali ke tanah air dan menyambung persekolahannya di Sekolah Rendah Penanti,Bukit Mertajam. Pada usianya 13 tahun,beliau telah menyambung pendidikannya diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti selama 5 tahun. Sesudah SPM, beliau melanjutkan pelajarannya ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam (sekolah aku amik form 6 dulu). Beliau tamat belajar pada usia 19 tahun dan mulai bekerja di sekolah menengah kebangsaan khir johari,slim river perak.

Cukup la takat tu biodata ibuku,nak cite ckit perangai dan kelebihan ibuku kat korang..mcm biasa,semua ibu punyai masalah 'membebel' hik3..anak yang paling banyak kena bebel adalah aku sebab aku yang paling nakal dalam family. aku jgk lak yang selalu nak kena hentam sebab selalu dapat keputusan tercorot dalam kelas. Ingat lagi ketika aku darjah 3,keputusan peperiksaan aku agak teruk! dapat no 32 dalam kelas,dalam kelas aku ada 33 orang...bermakana aku second last! Ya Allah time tu terketar2 nak bagi report card kat mak,bagi kat ayah maybe save,tapi ayah akan bgtau mak jgk..huhu..nak tak nak aku bagi jugak report card kat mak malam tu,dan terus berlari masuk bilik tido! hee..aku leh dgr dari dalam bilik mak membebel pasal result aku..bgun tido esoknya ingat boleh lepas ke? harapan la..bgun2 trus kena bebel! heee..mak kata 'hang bnyk main!'

Ibuku seorang yang rajin, mak aku seorang wanita yang bekerjaya, wanita bekerjaya mesti lah sibuk..sesetengah ibu yang bekerja jarang2 masak kat umah kan? tapi ibu ku lain..beliau bgun kul 4 pagi tetiap hari untuk masak lauk dan nasi untuk kami makan tgh hari nnt.Beliau pegi keje kul 6.30 pagi tetiap hari. Bila kami balik dari sekolah,bukak periuk mesti ada lauk dan kami makan dgn senang hati..=)
bila mak balik dari keje pukul 5 ptg,mak solat dan mandi pastu ke dapur masak untuk makan malam pula (dah semua lauk aku,abg aku dgn kak abiskan)..itu lah rutin harian ibuku..

Ibuku seorang yang tabah,ibu ku jenis yang keras kepala sikit,kalau beliau nak kan benda tu,dia akan usaha dapatkan. Sebagai contoh seperti kes amik lesen kereta, ayah aku tak berapa nak bagi mak amik lesen kereta katanya 'tak yah la amik...pompuan tak elok bwak kereta'..mak tercabar dgn kata2 ayah..mak kata 'tak pa,nnt saya amik lesen sendiri,blajaq sendiri,beli kereta sendiri' dan Alhamdulillah,ibuku dapat lesen kereta dan pada ketika yang sama mak beli kereta kancil secara senyap tanpa pengetahuan ayah. Balik2 dah ada kereta dgn lesen. Ayah hanya mampu tersenyum dan diam sahaja. =)

Banyak lagi benda nak diceritakan pasal ibuku,tapi memandangkan terlampau byk..aku tutup smpai disini saje lah k..ade mase aku cerita lagi! Adios! =)

my mum pic..syg mak!





Tuesday, May 3, 2011

Isu : kawin???

Hye Blogger! Assalamualaikum..salam sejahtera saya ucapkan kepada semua...lama tak mem'blog' nih,ape maksud kalau aku dah start mem'blog' balik?? maksudnya aku tgh cuti!! hahaha..cuti2 tak tahu wat pape..mula la nak menulis..jari2 semua dah gatal2..hee..

Berkenaan tajuk diatas,aku tetiba nak cerita pasal kawin ni kenape eks?? haa...ada stoly molly neh! hehehe..tadi,pada pukul 4.30ptg,3 mei 2011,aku duduk dimeja makan bersama mak aku tgh makan cuq udang (cucur udang),dengan air teh plak...perrgghh..mmg terangkat..pastu tetiba mak aku bukak cerita tanya aku..'hang tau yang kak hg nak bertunang?' aku ckp 'tak tau,bila nya?'  mak aku tak jawab tapi mak aku ckap 'bukan mak tak bagi,tapi balak dia tak keje tetap lagi..mak tak nak anak2 mak lepas kawin menangis2,pastu nak mai meghendeh( mintak simpati) kat mak lepas kawin' aku pun terfikir kejap..btul jgk ckap mak aku tu..tapi kalau dah jodoh nak wat mcm mana mak...suka sama suka...mak aku jwb 'suka leh bagi hg bahagia ka? sebelum kawin mmg la dok baik dgn family si lelaki,mak nak tgok lepas kawin depa (mereka) boleh bahagikan tak antara family dgn keluarga sendiri...' 

Tutup cerita kakak aku,bukak lak cite abg aku...mak tanya, 'Abg hg tak cita pape kat hg ka?' aku tertanya2 lagi...'cita apa mak?' mak aku mula kan ceritanya 'abg hg ada berkenan kat sorang pompuan neh,abg tanya pendapat mak,mak kata 'tak payah'...' aik? 'kenapa mak'? pompuan tu tua daripada abg...bukan mak tak suka,tapi takut abg kena tipu,pompuan tu dah byk pengalaman,dan abg baru umo 24,terlampau muda...' aku berfikir 'aku sendiri pun target kawin umo 27,abg aku ni biar btol...'

mak aku berkata lagi 'anak laki mak tak kisah sgt,mak tak mau jadi mcm arwah tok hg kat melaka noh,kalau anak nak kawin memilih,tak mau org jawa la..anak mami tak mau lah..bagi mak,mak tak kisah, yang lawa ka,tak lawa ka..tinggi ka,pendek ka..itu semua tak penting! hgpa pilih la sendiri  tapi......' alamak ada lak tapi nya... 'kalau boleh tu pompuan tu mesti lah ada sedikit ILMU AGAMA,nak cari yang ustazah kompom2 la hg tak dapat..(mak perli aku) ada sikit ilmu pun jadi lah,hgpa yang laki ni kena byk ilmu agama sebab hgpa nk kena bimbing depa..pastu mak nak menantu pompuan mak yang SENONOH la ckit,dan yang penting HORMAT ORANG YANG LEBIH TUA..mak tak memilih mcm nak menantu putih la,yang pandai lah..tak...cukup la tiga syarat tadi..' heee... mak aku dah bercerita tentang kawin dgn anak teruna dia neh..hihi..

p/s: Nur Afiza Hanim,ciri2 yang mak nak dah ada kat kamu..jgn risau yer.. =)