Sunday, May 8, 2011

my Porsche!!


klasifikasi: 
Model : Kancil 1997
Transaksi: Manual 4-gear
Kelajuan : 90-101km/j
Ciri-ciri Tambahan: Body Kit Daihatsu Mira,Rim 14
Harga atas jalan: RM 10,000++
Enjin : Standard

Friday, May 6, 2011

Anda Ibu yang terbaik!

Assalamualaikum! hee..rajinkan aku post time cuti neh? besa la..bosan tak tau wat pe..hee..arini aku nak cite pasal seorang wanita yang bernama Normah Murad iaitu ibuku. Sempena Hari Ibu yang baru je berlalu berapa hari bulan ntah...saje je nak kongsi pengalaman aku bersama orang yang paling aku sayang dalam dunia iaitu ibuku.. =)

Dimulakan dengan nama beliau Normah Binti Murad,lahir pada 18 Ogos 1960 (sekarang berumur 51 tahun),menerima pendidikan awal di Singapura (tak pasti nama sekolah) dan kembali ke tanah air dan menyambung persekolahannya di Sekolah Rendah Penanti,Bukit Mertajam. Pada usianya 13 tahun,beliau telah menyambung pendidikannya diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti selama 5 tahun. Sesudah SPM, beliau melanjutkan pelajarannya ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam (sekolah aku amik form 6 dulu). Beliau tamat belajar pada usia 19 tahun dan mulai bekerja di sekolah menengah kebangsaan khir johari,slim river perak.

Cukup la takat tu biodata ibuku,nak cite ckit perangai dan kelebihan ibuku kat korang..mcm biasa,semua ibu punyai masalah 'membebel' hik3..anak yang paling banyak kena bebel adalah aku sebab aku yang paling nakal dalam family. aku jgk lak yang selalu nak kena hentam sebab selalu dapat keputusan tercorot dalam kelas. Ingat lagi ketika aku darjah 3,keputusan peperiksaan aku agak teruk! dapat no 32 dalam kelas,dalam kelas aku ada 33 orang...bermakana aku second last! Ya Allah time tu terketar2 nak bagi report card kat mak,bagi kat ayah maybe save,tapi ayah akan bgtau mak jgk..huhu..nak tak nak aku bagi jugak report card kat mak malam tu,dan terus berlari masuk bilik tido! hee..aku leh dgr dari dalam bilik mak membebel pasal result aku..bgun tido esoknya ingat boleh lepas ke? harapan la..bgun2 trus kena bebel! heee..mak kata 'hang bnyk main!'

Ibuku seorang yang rajin, mak aku seorang wanita yang bekerjaya, wanita bekerjaya mesti lah sibuk..sesetengah ibu yang bekerja jarang2 masak kat umah kan? tapi ibu ku lain..beliau bgun kul 4 pagi tetiap hari untuk masak lauk dan nasi untuk kami makan tgh hari nnt.Beliau pegi keje kul 6.30 pagi tetiap hari. Bila kami balik dari sekolah,bukak periuk mesti ada lauk dan kami makan dgn senang hati..=)
bila mak balik dari keje pukul 5 ptg,mak solat dan mandi pastu ke dapur masak untuk makan malam pula (dah semua lauk aku,abg aku dgn kak abiskan)..itu lah rutin harian ibuku..

Ibuku seorang yang tabah,ibu ku jenis yang keras kepala sikit,kalau beliau nak kan benda tu,dia akan usaha dapatkan. Sebagai contoh seperti kes amik lesen kereta, ayah aku tak berapa nak bagi mak amik lesen kereta katanya 'tak yah la amik...pompuan tak elok bwak kereta'..mak tercabar dgn kata2 ayah..mak kata 'tak pa,nnt saya amik lesen sendiri,blajaq sendiri,beli kereta sendiri' dan Alhamdulillah,ibuku dapat lesen kereta dan pada ketika yang sama mak beli kereta kancil secara senyap tanpa pengetahuan ayah. Balik2 dah ada kereta dgn lesen. Ayah hanya mampu tersenyum dan diam sahaja. =)

Banyak lagi benda nak diceritakan pasal ibuku,tapi memandangkan terlampau byk..aku tutup smpai disini saje lah k..ade mase aku cerita lagi! Adios! =)

my mum pic..syg mak!





Tuesday, May 3, 2011

Isu : kawin???

Hye Blogger! Assalamualaikum..salam sejahtera saya ucapkan kepada semua...lama tak mem'blog' nih,ape maksud kalau aku dah start mem'blog' balik?? maksudnya aku tgh cuti!! hahaha..cuti2 tak tahu wat pape..mula la nak menulis..jari2 semua dah gatal2..hee..

Berkenaan tajuk diatas,aku tetiba nak cerita pasal kawin ni kenape eks?? haa...ada stoly molly neh! hehehe..tadi,pada pukul 4.30ptg,3 mei 2011,aku duduk dimeja makan bersama mak aku tgh makan cuq udang (cucur udang),dengan air teh plak...perrgghh..mmg terangkat..pastu tetiba mak aku bukak cerita tanya aku..'hang tau yang kak hg nak bertunang?' aku ckp 'tak tau,bila nya?'  mak aku tak jawab tapi mak aku ckap 'bukan mak tak bagi,tapi balak dia tak keje tetap lagi..mak tak nak anak2 mak lepas kawin menangis2,pastu nak mai meghendeh( mintak simpati) kat mak lepas kawin' aku pun terfikir kejap..btul jgk ckap mak aku tu..tapi kalau dah jodoh nak wat mcm mana mak...suka sama suka...mak aku jwb 'suka leh bagi hg bahagia ka? sebelum kawin mmg la dok baik dgn family si lelaki,mak nak tgok lepas kawin depa (mereka) boleh bahagikan tak antara family dgn keluarga sendiri...' 

Tutup cerita kakak aku,bukak lak cite abg aku...mak tanya, 'Abg hg tak cita pape kat hg ka?' aku tertanya2 lagi...'cita apa mak?' mak aku mula kan ceritanya 'abg hg ada berkenan kat sorang pompuan neh,abg tanya pendapat mak,mak kata 'tak payah'...' aik? 'kenapa mak'? pompuan tu tua daripada abg...bukan mak tak suka,tapi takut abg kena tipu,pompuan tu dah byk pengalaman,dan abg baru umo 24,terlampau muda...' aku berfikir 'aku sendiri pun target kawin umo 27,abg aku ni biar btol...'

mak aku berkata lagi 'anak laki mak tak kisah sgt,mak tak mau jadi mcm arwah tok hg kat melaka noh,kalau anak nak kawin memilih,tak mau org jawa la..anak mami tak mau lah..bagi mak,mak tak kisah, yang lawa ka,tak lawa ka..tinggi ka,pendek ka..itu semua tak penting! hgpa pilih la sendiri  tapi......' alamak ada lak tapi nya... 'kalau boleh tu pompuan tu mesti lah ada sedikit ILMU AGAMA,nak cari yang ustazah kompom2 la hg tak dapat..(mak perli aku) ada sikit ilmu pun jadi lah,hgpa yang laki ni kena byk ilmu agama sebab hgpa nk kena bimbing depa..pastu mak nak menantu pompuan mak yang SENONOH la ckit,dan yang penting HORMAT ORANG YANG LEBIH TUA..mak tak memilih mcm nak menantu putih la,yang pandai lah..tak...cukup la tiga syarat tadi..' heee... mak aku dah bercerita tentang kawin dgn anak teruna dia neh..hihi..

p/s: Nur Afiza Hanim,ciri2 yang mak nak dah ada kat kamu..jgn risau yer.. =)

Tuesday, April 26, 2011

awan nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Sunday, April 10, 2011

Gambar2 yang tiada di FB,Exclusive di Blog ini!! =)







































Semoga bergembira semua hendaknya....hehehe...gambar2 ini tidak ada kena mengena antara hidup dan mati... =)

Tuesday, April 5, 2011

Dinner Co-exias yang kami handle

Di atas pemintaan Tanaka Henry,aku dengan rasa berbesar hati nak citer la ckit pasal dinner kitaorang aritu..21 march 2011,perjalanan dinner kami berjalan lancar,Alhamdulillah..walaupun byk dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi..ketidakpuashatian,tension,sakit hati,suka,duka,sedih,menangis,gembira, semua ada!! complete! itulah warna kehidupan kan?? =) biasalah kan..hidup bekerja dalam organisasi kena ada tolak ansur jgk..heh! byk cite pasal masalah la plak..hehehe..maaf yer..teremosi ckit..hahaha

aku pada malam tu menjadi MC atau dalam kata lainnya Master of Ceremony (nampak tak kelancaran BI aku?) Dah nama pun MC,tanggungjawab seorang MC adalah untuk menguasai majlis,Alhamdulillah,aku dan rakan ku Nur Farzhana telah melakukan habis baik untuk menguasai majlis walaupun ade byk kekurangan,'Kami budak baru belajar beb!' Kalau mcm aznil haji nawawi tu kot la..dia dah mengacara lebih dari separuh umur dia.Sapa lah kita kan? alamak..teremosi lagi..heee
Decoration pada malam itu di ketuai oleh Fahimah atau pun Fimm dan aku tgok agak berjaya beliau melakukannya,cantik prop2 yang digunakan.Tahniah buat beliau. AJK makanan diketuai oleh Wan Afiq dan Hasnita,aku survey setiap part dan alhamdulillah reaksi yang positif lbh byk daripada negatif.Ramai cakap ayam catering tersebut sedap.Tahniah buat nita dan wan.

Ketua projek,Emman telah menjalankan tugas beliau dgn baik dan cemerlang,beliau dapat handle masalah kecil yang berlaku dgn tenang.Tahniah buat beliau,sememangnya anda mmg seorang leader. Naib ketua projek,Wawa jgk harus diberi pujiaan dgn krediabiliti beliau yang exited melakukan sesuatu perkara telah menjadikan majlis berjalan dgn lebih lancar,tahniah. Yang lain2 seperti Atikah,Nurul,Rozana,Fatin dan Asril jgk byk membantu dari segi flow persembahan,thanks kat diaorang yang bertukus lumus menjayakan majlis ni.
Tak lupa jgk kat 3 orang kuat iaitu Faizi,Faizul dan Afdal yang sudi membantu kami..Faizi,Faizul dan Afdal sebagai orang yang jage lighting korang mmg best lah,hanya tuhan saja dapat balas jasa baik korang..thanks!

Ade la ckit gmbar2 yang sempat ditangkap...




Banjir lagi di Perlis

Assalamualaikum..lame tak tulis blog,rase mcm malas nak tulis,bnyk je cite nak diceritakan,tapi takde mase nak on9...sibuk gaya kan?? hehehe..nak wat mcm mana,dekat2 nak exam mesti lagi sibuk...huhuhu..sebut pasal exam,sem lepas kami exam dalam banjir,sem ni pun kami exam dalam keadaan yang banjir!! tapi sebelum exam,mcm sem lepas dah exam,lagi dua paper nak abih baru kena banjir...huhuhu..

Mcm biasa,aku bukan boleh dok diam time banjir,aku dan makcik pergi membantu mangsa2 banjir..hahaha..tgok la!

 ni tok anim..
 kat bulatan kangar

 aku tak ready lagi laa..


didepan Putra Palace


depan Fatin Corner