Sunday, January 16, 2011

Aku.Afdal,Awek dan Basikal

Assalamualaikum...hahaha..kali ni nak stoly molly sama kamu semua tentang aktiviti aku hari ni. Korang nak tau tak apa kitaorang wat? tak nak taw? tak nak taw tak yah bace...hahaha..Today aku dengan semangat dan azam yang jitu telah melakukan something yang aku sendiri pun jarang2 leh wat (tapi ramai leh wat benda ni..aku yang first time wat) 

Cerita bermula begini,kawan @ jiran aku( bilik sebelah2 je..) Afdal Farhan namanya telah mengajak aku untuk wat "LE TOUR DE KANGAR" hari ni.aku mula2nya malas nak pegi,tapi nak rase mcm mana pengalaman kayuh basikal ke kanagar..hee..aku pun bersetuju untuk ikut mmber aku neh ke Kangar.Lagipun beliau bagitau aku yang dia nak ke kedai basikal yang dia beli tu untuk baiki Brek basikalnya.

Kayuhan kami bermula dari Taman Sri Wang Fasa 2(ruman kedua aku) ke kedai basikal di kawasan kangar(alaa..dekat2 KFC and The Store tu..) Sebelum cerita panjang nak cite ckit pasal awek yang kitaorang jumpe time dalam perjalanan. Pada mulanya aku kayuh dihadapan dan afdal dibelakang aku,kami masuk ada satu lorong dekat2 dgn simpang nak ke kangar tetiba ada seorang hamba Allah (awek) memanggil kami..'Abanggg...' Dengan Nada yang agak sayu2 memanggil kami,aku dan afdal berhenti. 'Kenape Dik?' 'Motor tak de minyak la bang,nak pinjam fon jap nak kol abg saye..' Afdal bagi fon nye kat awek tu..dan beliau pun menelefon la abg beliau (sebenarnya tak de pape pun pasal awek tu,saje nak panjangkan cerita...hik3)

Pada mulanya perjalanan kami lancar,cuaca pada hari ni pun agak baik,sejuk jer..Kami smpai ke kangar selepas hampir 40 minit berkayuh,Alhamdulillah.. kami sampai jgk ke Kangar! Yeah! =)..bila smpai je rase lega ckit..dapat minum air dan rehat2 jap..dalam kepala dok fikir mcm mana la nak balik plak ni..larat ke?? huhuhu..perjalanan balik kami mengambil masa hampir Sejam lebih! kenapa?? kami berhenti dua kali...hahaha..sebab apa berhenti?? Penat la wei! =)...korang tgok je la gmbar2 ni..hehehe


 afdal kepenatan

 basikal yang aku guna untuk sampai ke kangar..hehehe



p/s: teruk jgk kayuh basikal jauh2..smpai melecet punggung..ish3

2 comments:

Tanaka..>GeNEcist..™® said...

due budak comel berkayuh.. Mesti best kalo dapat follo.. huuuuuu... Sem depan aku plak beli basikal.. hahah

cik tEmbam said...

melecek punggung yg ta leyh blah tuh! hahah.. pasnieyh letak bntal wat seat eh..?