Monday, February 20, 2012

aku cabar kau KELANTAN!!






awat? apa yang dah jadi?? hujan tak dak,ribut tak dak tetiba nak cabar kelantan kenapa?? adakah aku dh masuk dalam bidang politik untuk memenangi kerusi dewan undangan negeri kelantan??

Tak dak kena mengena pun dgn  politik ni semua. Cuma lepas ni aku akan menjadi warga kelantan selama 2 tahun setengah =) Hati berat je nak pegi pada mulanya, tapi dah boleh terima sikit2..ye la mau tak berat, dalam fikiran ingt leh dapat arau atau ditendang ke merbok, sungai petani...rupanya lebih jauh iaitu Kota Bharu. Berpeluh dahi bila dapat taw kena smbung belajar kat kota bharu.

Ada yang ckap 'alah,kau dah besar la..dapat jauh ckit kau dah merungut' aku bkn fikir mcm mana aku nak hidup kat sana. Macam la aku tak pernah merantau jejauh *tapi ni paling jauh..aku cuma fikir aku menyusahkan family aku. Family risau mcm mana aku dok jauh neh. Mmg la kalau anak laki nak risau ape, tapi naluri sorang ibu ko duduk dekat pun dia risau ini kan plak jauh. Lantak lah hgpa nak kata aku 'anak mak' ke ape ke.. dalam dunia ni aku ada dia sorang je sekarang. Aku sebagai anak lelaki belajaq jauh mana pun aku tetap kena ada tanggungjawab kat mak aku. *emosi ckit

Tapi tak pa,aku fikir positif, mungkin rezeki aku murah kan kelantan. Mana taw mungkin aku leh dekan selalu kat KB kn? mungkin aku focus lebih bila fikirkan family aku susah hantar aku belajar jejauh. Dulu dapat dekat aku memain..tak rase family tu susah antar aku belajar. sekarang dapat jauh baru kau nak sedar ke Akmal Asyraf? Biasa la tu..semua org sama ja... *rasa aku la.


Bukak buku baru sekarang, belajo sungguh2..buat family kau bangga dgn ko akmal, kalau kau dah susahkan diaorang,dgn ni saja cara nak membalas jasa family ko. Mak mana yang tak suka tgok anak dia berjaya kan?

meh layan serba ckit permandangan dan bangunan2 yang penting kat KB neh...

 ini lah kampus yang bakal aku belajar selama 2 tahun

 bangunan Shopping Complex



aku cuba beri ckit info tentang perjalanan dari kampus kota bharu ke tempat2 yang akan selalu kita lalui...

ni peta dari kampus ke stesyen bas..ini stesyen bas untuk pegi memana shj kot, Ekspress bkn kat cni..

ni dari stesyen bas Ekspress ke kampus kota bharu..sejam perjalanan?? Eerkkk

ni peta nk gi airport..baik balik naik flight dari naik bas mcm neh..airport dekat daripada station bas. (AirAsia =) )

bagi yang nak pos motor atau basikal..skynett tak jauh dari kampus =)

ni lak Nationwide..jauh ckit dari skynett..tapi still ok la..dalam kawasan.. =)

aku cari map maybank paling dekat bukan apa..senang urusan aku nak amik duit yang di 'bank in' oleh mak aku untuk aku.

ni map dari Butterworth-Kota bharu...mmg station bas ekspress kat machang je kot... =( agak jauh untuk naik teksi ke Kota Bharu...

No comments: