Aku agak kemusykilan la bila lelaki mempunyai kawan perempuan dikatanya curang dgn jayanya..biasa lah lelaki mmg kalau bab simbol curang neh kat atas kepala mmg dah ada cop dh kot? itu persepsi orang kan? kalau yang wanitanya pula mmpunyai ramai kawan lelaki dianggap 'biasa lah,salah ke nak ada byk kawan lelaki?' kenapa perempuan yang mmpunyai ramai kawan lelaki tidak dicop sebagai 'CURANG' sedangkan lelaki senang2 diaorang cop sebagai curang??
bagi aku lah kan,media sekarang nmpak yang lelaki lebih jahat daripada wanita,btul x? dalam filem pun yang gangster semua tu lelaki sebabnya lelaki nmpak lebih garang,kuat..pompuan nmpak lebih lembut,sopan...orang dulu maybe leh cakap lelaki gagah,pompuan lemah lembut,tak berdaya...sekarang tak beb...perempuan sekrang lebih berakal daripada lelaki...setuju?
situasi dulu : si lelaki : jom kuar nak?
si perempuan : tak nak lah,nnt teman lelaki i marah..i setia dgn teman lelaki i
situasi sekarang : si perempuan : jom kuar nak?
si lelaki : Biar betik? BF u tak marah ke?
si perempuan : Bf i sporting..dia tak marah punya..=) dia sosial..nak tak?
si lelaki : i tak kisah
si perempuan : i bosan sebenarnya...
si lelaki : bosan nape tak kuar dgn Bf u?
si perempuan : sekali sekala nak kuar dgn mmber tak salah kan?
si lelaki : ok,i ikut u je.
ada nmpak perbezaan ?? kalau tak nmpak tak tau lah nk cakap mcm mana..huhu..kadang2 ada yang rasakan kejujuran tu satu perkara yang baik,benda yang bagus..i dont think so untuk situasi sekarang...kadang2 kejujuran tu yang wat hati sakit beb. Menipu pun sakit,jujur pun sakit.So? mcm mana nak handle masalah ni? aku pun tak tau sebenarnya..korang ada akal korang pikiaq la sendiri..
kesimpulannya kaum wanita jgn mudah menggunakan kelembutan,kesopanan dan kejujuran untuk menutup kesalahan anda.Jangan mudah nak menunding jari kearah kaum lelaki jer,fikir dulu sebelum menuduh kaum lelaki.Kadang2 anda sendiri pernah melakukan benda yang sama,kesalahan yang sama cuma anda jer yang tak sedar.Sebelum tuduh tu fikir2 la 'aku pernah ke wat mcm mana dia buat kat aku?' saye rase ramai lelaki akan bersetuju kalau saye katakan yang lelaki lebih penyabar daripada wanita. Mmg dalam dunia neh tak de yang sempurna,tapi tak mustahil kita leh jadi sempurna.Cukup la hanya sempurna dimata orang2 yang tersayang.
p/s: sekadar nak kongsi perasaan,tak de maksud nak menyinggung mana2 pihak..maaf kalau ada yang terasa terutama kaum Hawa..saya meminta maaf secara terbuka..terima kasih. =)
1 comment:
curang!!!!!!
Post a Comment