Assalamualaikum! hee..rajinkan aku post time cuti neh? besa la..bosan tak tau wat pe..hee..arini aku nak cite pasal seorang wanita yang bernama Normah Murad iaitu ibuku. Sempena Hari Ibu yang baru je berlalu berapa hari bulan ntah...saje je nak kongsi pengalaman aku bersama orang yang paling aku sayang dalam dunia iaitu ibuku.. =)
Dimulakan dengan nama beliau Normah Binti Murad,lahir pada 18 Ogos 1960 (sekarang berumur 51 tahun),menerima pendidikan awal di Singapura (tak pasti nama sekolah) dan kembali ke tanah air dan menyambung persekolahannya di Sekolah Rendah Penanti,Bukit Mertajam. Pada usianya 13 tahun,beliau telah menyambung pendidikannya diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti selama 5 tahun. Sesudah SPM, beliau melanjutkan pelajarannya ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam (sekolah aku amik form 6 dulu). Beliau tamat belajar pada usia 19 tahun dan mulai bekerja di sekolah menengah kebangsaan khir johari,slim river perak.
Cukup la takat tu biodata ibuku,nak cite ckit perangai dan kelebihan ibuku kat korang..mcm biasa,semua ibu punyai masalah 'membebel' hik3..anak yang paling banyak kena bebel adalah aku sebab aku yang paling nakal dalam family. aku jgk lak yang selalu nak kena hentam sebab selalu dapat keputusan tercorot dalam kelas. Ingat lagi ketika aku darjah 3,keputusan peperiksaan aku agak teruk! dapat no 32 dalam kelas,dalam kelas aku ada 33 orang...bermakana aku second last! Ya Allah time tu terketar2 nak bagi report card kat mak,bagi kat ayah maybe save,tapi ayah akan bgtau mak jgk..huhu..nak tak nak aku bagi jugak report card kat mak malam tu,dan terus berlari masuk bilik tido! hee..aku leh dgr dari dalam bilik mak membebel pasal result aku..bgun tido esoknya ingat boleh lepas ke? harapan la..bgun2 trus kena bebel! heee..mak kata 'hang bnyk main!'
Ibuku seorang yang rajin, mak aku seorang wanita yang bekerjaya, wanita bekerjaya mesti lah sibuk..sesetengah ibu yang bekerja jarang2 masak kat umah kan? tapi ibu ku lain..beliau bgun kul 4 pagi tetiap hari untuk masak lauk dan nasi untuk kami makan tgh hari nnt.Beliau pegi keje kul 6.30 pagi tetiap hari. Bila kami balik dari sekolah,bukak periuk mesti ada lauk dan kami makan dgn senang hati..=)
bila mak balik dari keje pukul 5 ptg,mak solat dan mandi pastu ke dapur masak untuk makan malam pula (dah semua lauk aku,abg aku dgn kak abiskan)..itu lah rutin harian ibuku..
Ibuku seorang yang tabah,ibu ku jenis yang keras kepala sikit,kalau beliau nak kan benda tu,dia akan usaha dapatkan. Sebagai contoh seperti kes amik lesen kereta, ayah aku tak berapa nak bagi mak amik lesen kereta katanya 'tak yah la amik...pompuan tak elok bwak kereta'..mak tercabar dgn kata2 ayah..mak kata 'tak pa,nnt saya amik lesen sendiri,blajaq sendiri,beli kereta sendiri' dan Alhamdulillah,ibuku dapat lesen kereta dan pada ketika yang sama mak beli kereta kancil secara senyap tanpa pengetahuan ayah. Balik2 dah ada kereta dgn lesen. Ayah hanya mampu tersenyum dan diam sahaja. =)
Banyak lagi benda nak diceritakan pasal ibuku,tapi memandangkan terlampau byk..aku tutup smpai disini saje lah k..ade mase aku cerita lagi! Adios! =)
my mum pic..syg mak!
1 comment:
Eeeeehhh??! Mak mertua I la.. hahaha
Post a Comment