Wednesday, January 15, 2014

Aku Rindu Kau Sahabat...

Salam readers... today aku nk cerita kan tentang seorang kawan aku yang dah lama pergi meninggalkan aku dan kawan-kawan yang lain. Tujuan aku tulis berkenaan beliau adalah suapaya ingatan kepada beliau tidak pernah hilang dlm diri aku mahupun diri kawan2 yang lain. Yang rapat dgn beliau mungkin akan teringat kenangan manis antara beliau dan anda. Aku antara rakan yang rapat dgn beliau.

Beliau pelajar yang berpindah ke sekolah aku pada akhir tahun semasa aku di tingkatan 1. Pada mulanya ramai yang tak berapa ambil kisah bila beliau dtg, aku pun tak amik kisah sgt walaupun beliau masuk kelas aku. Kami mula rapat pada tingkatan 2 bila aku dan kawan2 yang lain satu kelas dgn beliau. Beliau seorang yang peramah, kuat buat lawak, mcm2 perkara yang dia buat utk membuatkan org disekelilingnya ketawa. 

Dengan tubuh nya yang kurus kering beliau di beri jolokan nama 'TekPit' atau dalam erti kata yang btol nyer (aku pun tak tahu mana dtg nama tu)... Tapi sejak dari tu aku tak pnggil beliau dgn nama beliau yang sebenar dah. Aku pnggil dgn panggil 'TekPit' ... Beliau rapat jugak dgn geng2 pengawas sebab beliau dilantik menjadi pengawas sekolah time tingkatan 2. Beliau ni seorang yang agak merendah diri la jgk...dan pngalaman yang tak dpt aku lupakan dgn beliau aku belajar naik motor dgn beliau... beliau lah individu yang bertanggungjawab mengajar aku mcm mana nk menunggang motosikal. Malu beb tingkatan dua tak reti naik moto lg..keje naik basikal jer...beliau lah yg ajar aku menggunakan motor bapak dia Suzuki RC dan Skuter VS150 .Aku belajar bwk motor pun curi-curi (dpt tahu kat mak aku time tu mmg mampos aku kene) tp dia mmg tak kedekut..dia bg je aku bwk motor bapak dia tu lalu jalan kampung dgn motif nak ajar aku naik motor. 

Waktu di tingkatan tiga, aku sedikit pun tak pernah terfikir yang aku akan kehilangan seorang kawan yang baik dan rapat dgn aku. Hari kejadian, aku selalu balik sekolah dan tunggu ayah aku dtg amik kat bwah pokok depan sekolah..beliau selalu dtg teman aku sembang smpailah ayah aku dtg amik. Rumah dia depan sekolah je..dekat. Pada hari tu dia ajak aku lepas aku balik nk ajak keluar beli hadiah harijadi utk member pompuan kelas aku. Aku on je...tp ptg tu dia cancel kan nak gi beli hadiah sbb dia kata ada polis buat roadblock kat jalan aku nk pg rumah dia tu...Time tu aku dh ada moto dh,moto abg aku...tp aku tak de lesen. Sebut pasal roadblock mmg aku rasa seram sikit. So aku tak jadi nk keluar dgn beliau haritu.

Keesokkan harinya kami pelajar2 PMR ni kene susun kerusi utk menduduki PMR minggu depan. Seperti biasa sebelum ada perhimpunan kami akan melepak di belakang bangunan sementara menunggu loceng berbunyi. Tapi pagi tu 'TekPit' tak dtg sekolah.... aku bertanya dlm hati " Jadah tak dtg sekolah harini kan nk susun meja utk PMR dan dh ckap dh bdak2 PMR wajib hadir harini?" Masa tu aku tak terfikir pape yang buruk berlaku lagi sehinggalah parent beliau telefon guru kelas dan guru kelas beritahu kepada kami semua yang beliau KEMALANGAN motosikal malam semalam dan skrng beliau didalam keadaan kritikal.

Selepas sekolah kami beramai2 ke hospital utk menjenguk beliau... kami semua naik bas ke hospital seberang jaya. Ketika tgok beliau mmg dah tenat, beliau hanya menggunakan bantuan pernafasan utk bernafas. Time tu aku tak terfikir sedikit pun beliau akan tinggalkan kami semua, yang aku fikir beliau mungkin terlepas nak buat PMR bersama2 kawan2 yang lain. Kami balik kerumah selepas menjenguk beliau dan pengalaman penting yang terjadi time ni adalah bas dah habis utk balik ke rumah. Aku dan member2 aku berjalan kaki dari Summit ke rumah mmber aku. Dalam 5.4 kilometer lah jugak kami berjalan memalam buta tu.

Dan keesokkan paginya kami mendapat berita sedih yang beliau telah pergi buat selamanya... terasa mcm baru semalam aku berjumpa beliau..aku mcm tak boleh nak kata apa2...kami dapat tahu beliau mungkin disemadikan di kampungnya Kemunting,Perak. Masa tu sapa pun mana ada lesen lagi. Moto ada tp masing2 tak berapa berani nk naik moto jejauh (dlm kampung berani la)... Kami mencari Van utk disewa dan ada ayah kpd mmber aku nk tlg jadi driver ke sana. Yang bestnya nk sewa van tapi masing2 tak de duit.. sewa van utk sehari RM120. Bila mintak nk kumpul duit masing2 keluarkan dlm RM5...minyak motor lepas la.. Alhamdulillah seorang kawan aku Khairi Hafizi menolong kami dgn ikhlas hati ibu beliau memberikan kpd kami RM120 utk menyewa van utk ke Kemunting. Terima Kasih kpd keluarga Hafizi. 

Walaupun kami dpat pergi ke kampung beliau..tapi kami tak sempat pun berjumpa beliau atau memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Hanya kubur sahaja yang dpt kami lihat didepan kami..Walaubagaimanapun, kami berdoa agar roh beliau ditempatkan ditempat orang2 yang beriman.... 

Beliau adalah....


Muhammad Nazreen
1990-2005
Semoga Allah menempatkan beliau ditempat orang2 yang beriman dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat...amin...
Al-Fatehah

Tuesday, January 14, 2014

Kota Bharu-Bukit Mertajam.... Awesome!

Salam readers! Baru beberapa hari aku duduk rumah, lepas settle segala bagai di kota bharu, dgn thesisnya, dgn rumah sewanya, dgn dugaannya, dgn Lecturernyer..haish..macam2...memang kali ni aku nk dok rumah utk rehatkan minda dan rehatkan otak... malas nak fikir pasal keje lagi walaupun aku patutnya dh fikir dah ape koje aku nak apply ni...

Ramai mmber yang dah kalut mencari koje sedangkan aku still nak honeymoon... aku apply jugak ckit2..tunggu rezeki (ingt rezeki dtg bergolek ke?)

Banyak lak aku membebel..arini aku just nak kongsi pengalaman aku ride motor dari Kota Bharu ke Penang..aku just boleh ckap AWESOME!! sebab tak semua org leh buat mcm mana aku buat (astagfirulullahalazim riaknyer ko) 

Aku pada mulanya was-was jugak nak balik naik motor..dh la sorang2...jadi pape mmg aku sorang2 je lah...serius awal pagi aku bgun dlm kul 5 pagi aku duduk dlm bilik fikir nak ride ke tak balik penang haritu..lps solat subuh, mmg tekad nekad dan iltizam aku trus start moto, kemas barang2 truskan niat gila aku tu.

My mum tak tahu pun aku balik naik moto (takut kene bising) aku tawakal je lah sepanjang perjalanan... aku guna laluan Rantau panjang (atas nasihat budak rumah aku) utk balik ke penang. Seriously aku tak tahu langsung jalan nk balik penang cuma aku ada la buat homework ckit tgok google maps, yang lain aku main ikut rasa hati jer.

Tapi mmg best..sepanjang perjalanan sejuk jer...(almaklumlah awal pagi) tp yg paling best masa nk mendaki banjaran Titiwangsa tu..kabus tak tebal sgt tapi rasa mcm diri tu mcm kat cameron highland la plak. Udara nyaman jer..tapi aku risau jugak takut2 Gajah melintas. Elok aku kona (corner) kat area Grik tu tetiba 'BENDA' tu melintas jalan, tak ke nahas aku. Tp Alhamdulillah tak de lak aku nmpak sepanjang perjalanan.

Tapi ni satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan la dlm hidup aku..Ride sorang2, Kota Bharu ke Penang, tanpa peralatan utk back up (yang ada hnya tong minyak) dan bnda ni aku leh cerita utk cucu-cucu aku nnt...hahahahahahahaha

Adios!!

 Tasik Banding...
Kat Hentian Titiwangsa...

Sunday, January 5, 2014

Blog Berulat....

Salam...berbulan tak bukak blog aku..aku ingat lu dah MAMPOS...keh3! okay tak lawak...
Saje try bukak balik blog aku ni yg dah lama tak update pape...dan aku mempunyai masalah yg aku lupa password blog aku skrng ni...
(lupa password mcm mana aku bukak blog dan update skrng ni?)
Itu disebabkan oleh aku dh save password tu x kan hilang walaupun aku logout..
Yang sebetulnye aku tak ingt pun password aku....
Anyone can help?? 

Last post bulan 5 aritu..di tahun 2013... masuk bulan ni dah LAPAN bulan aku tak on bende JADAH ni... Tak de mende nk di taip nk bukak wat peww...

Harini ni ter RAJIN nk update itu pun sebab terjaga dari tidur teringat kat blog aku yang dh bukak berbulan-bulan (okay aku tipu lagi)

Nanti lah aku update benda2 yang patut..isu semasa ke...isu rumahtangga ke..isu berbalik ke....pape JADAH lah... Adios..


Wassalam

Friday, May 10, 2013

Setelah kau pergi.... (blog tertunda)

Hari ni genap 7 hari beliau meninggalkan kami... mungkin dahulu bila mendengar nama beliau ramai yg mengeluh,ramai rimas dgn arahan yg diberikan, ramai yg tak tahan dgn karenah beliau...tapi kini dh tak de dah semua tu...sunyi rumah ni bila aku smpai...sekarang bila pergi rumah tok ayah, seperti takde suara2 yg selalu aku dgr...selalu memberi nasihat...rumah menjadi muram disaat beliau tiada.

Kalau dulu datang rumah beliau petang2, akan nmpak kelibat beliau di depan rumah melihat suasana petang, melihat org lalu lalang di depan rumah. Bila aku smpai ayat pertama yg terpancul di mulut beliau adalah ' aku mimpi hang adik'. Tapi sekarang tak de sape yg nak mimpi kan aku dah. Sekarang dah tak de sape nk bercerita di luar rumah diwaktu petang...

Kalau dahulu bila aku dtg je ade je arahan yg dia suruh, sesetengah cucu tak tahan dgn arahan beliau tapi bg aku, aku dh 'TERBIASA' dgn arahan beliau sebab mungkin aku terlampau lama tinggal bersama beliau. Aku mmbesar dgn beliau. Dari tadika sehingga darjah 6 aku tinggal di kampung. 

Kadang2 aku terasa mcm sedih bila aku antara cucu yg tak sempat nk memberi penghormatan yang terakhir kepada beliau..aku rasa seperti aku tak sempat nk meminta maaf sekiranya aku ada mmbuat salah terhadap beliau. Aku rasa ada jgk salah yg aku buat dgn beliau, beliau byk sakit hati dgn aku. Aku ni cucu yg agak nakal dan keras hati ckit.Kadang2 apa yg dia suruh, aku buat tak tahu je... aku tak tahu dlm hatinya apa yg dia rasa...





Allahyarham Hj Morad Bin Shahidan 


Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mu wahai Tok Ayah. Semoga Allah menempatkan Tok Ayah ditempat orang2 yang beriman. Amin....






Dari cucumu yang nakal dan tidak mendengar cakap

Ada akal,FIKIR...ada Otak,GUNA

Assalamualaikum..lama aku tak berkecimpung dalam dunia blog ni..skrng blog dh bosan la..mcm biasa la..org melayu mmg MALAS membaca ckit..(termasuk la aku). Okay straight to the point, nowadays ramai yang bising pasal PRU13. Aku pun tak kurang hebatnye tapi aku tak de lah taksub sgt dgn politik2 ni. Tapi aku ni jnis yg kuat selidik. Nak kata aku berat ke arah pembangkang,TAK..nak kata aku berat ke arah kerajaan pun TAK. So aku dimana??

Korang fikir lah sendiri aku dimana...ada yang kata aku MACAI, ada yang kata aku HIJAU...
dalam hati aku sape yang tahu...
BIRU,HIJAU ataupun MERAH
itu hanya warna, keprcayaan sesetengah org..
Biarlah kalah asalkan tidak berbalah,biar menang asalkan hati tenang..


credit to akuanakpahang.blogspot.com  

|
|
|
|
|
|
|
|
|
MELAYU buka MATA, MELAYU buka MINDA
Jangan bila sudah TERHANTUK baru TERNGADAH
Jangan bila BANGSA sudah terJUAL baru nak BERUBAH
Jangan jadi BODOH kalau diri bukan seorang yang BODOH
Jangan jadi MELAYU yg LAYU, tapi jadilah MELAYU yg tahu HALA TUJU  




wallahualam

Tuesday, December 11, 2012

Penawar ketika duka..

Phewww...minggu2 terakhir sebelum nak final ni mmg agak stress..mcm biasa la..mcm2 nk kena antar last2 minit neh.. bknnya tangguh kerja tapi tak terdaya nk buat semua kerja utk siapkan sebelum due date.. (ye ke?) byk cara nak kurangkn stress selain daripada mengambil wuduk dan melakukan solat2 sunat. Mcm aku,aku suka tgok gmbar2 atau bermain dgn bdk2 utk kurangkan stress. Terutama gmbar baby. Mungkin sebab diaorg tak de dosa kot,tgok baby sejuk je hati... sedikit sebanyak dpt jgk release tension tgok muka diaorg yg comel

Monday, October 22, 2012

Setelah sekian lama...

Fuhhhhh! Fuhhh! berhabuk blog aku neh...almaklumlah dah lama tak merajinkan diri melayan blog..bukan ape sibuk sikit sekarang, ada bnda yg nak dikongsikan tapi tak de masa nak menaip.. alah, kalau aku update blog selalu pun followers aku bukan bace sgt.. (ade ke yg tertunggu2 update dari aku) rasenyer tak de..*sedih

Its ok, aku tulis pun sekadar suka2 mengisi masa lapang..hehehe..kalau ade pape yg best nak dikongsi insyaallah aku akan kongsi kan bersama followers2 aku.

Ape yg nak dicerita arini pun tak tahu...aku nak korang layan gambar2 je lah k..buat masa ni tak de info2 yg menarik nak dikongsi (nk tunggu PRU mesti byk bnda aku update)

 time berjimba di Bukit Ayer,Perlis

 buat BBQ skit...


 Perut aku kurang skit kan?? Alhamdulillah sejak mengamalkan Jus Kacip Fatimah

 ONE MALAYSIA



 kehidupan dikampung mmg best! seronok dapat masuk bendang (seumur hidup aku tak pernah masuk bendang..ini pertama kali)


ape dua ekor ni buat?? nak tau? jap...


ni lagi satu video




Adik2...dont try this at home...in the toilet ok... =)